Harian Metro

Red Ants tiada masalah ketengah pemain muda

-

Kuala Lumpur: PKNS FC tidak mahu menyimpan pemain muda yang ada dalam pasukan sebaliknya bakal menyenarai­kan individu yang dilihat berpotensi untuk menggalas cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Malah, skuad yang digelar The Red Ants itu tetap optimis gandingan pemain baru dan lama akan memberikan hasil yang positif dalam membentuk persefaham­an antara mereka.

Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata, pasukannya tidak teragak-agak menggunaka­n khidmat pemain muda kerana percaya ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mempunyai ‘ramuan’ dalam mempersiap­kan barisan pemain.

“Rata-rata pemain berusia 24 dan 25 tahun dengan tiga pemain lain daripada skuad belia dipanggil untuk menyertai sesi latihan seterusnya mereka juga dibawa ke Singapura untuk mengharung­i perlawanan persahabat­an.

“Pada masa sama kita juga ada pemain berpengala­man seperti R Surendran, selain bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli dan bekas kapten FELCRA FC, Shahrom Kalam untuk memperkuat­kan lagi pasukan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan mengumumka­n tiga pemain import dalam masa terdekat ini.

“Ada antara pemain import berkenaan sudah berada pada peringkat akhir persetujua­n cuma kami akan mengumumka­nnya apabila beberapa urusan lain selesai,” katanya.

Sementara itu, PKNS FC tidak meletakkan sasaran tinggi musim ini, namun percaya skuad terbabit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia