Harian Metro

Saddil, Goulon perkukuh Tok Gajah

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Dua pemain import yang diuji pada aksi pramusim di Thailand baru-baru ini hampir pasti menjadi nadi utama skuad Pahang bagi mengharung­i Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Mereka adalah Saddil Ramdani

dari Indonesia dan pemain Perancis, Herold Goulon yang masing-masing bermain

(gambar)

di posisi tengah dan pertahanan.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, setakat ini semuanya dilihat positif untuk menyenarai­kan dua pemain berkenaan ke dalam skuad.

“Berdasarka­n prestasi dipamerkan pada aksi pramusim di Bangkok, Thailand baru-baru ini, kami lihat mereka mampu memberi kekuatan di bahagian tengah dan pertahanan.

“Namun, keputusan muktamad akan dimaklumka­n dalam tempoh terdekat memandangk­an saingan Liga M bermula awal bulan depan,” katanya.

Pada aksi pramusim itu, skuad Tok Gajah menewaskan kelab Liga 1 Thailand, Chonburi FC 2-1, seri 0-0 dengan Army United dari Liga 2 Thailand dan tewas 1-3 kepada kelab Divisyen 1 Kemboja, Visakha FC.

Bagi kouta lima pemain import, skuad Pahang hanya mengekalka­n Safuwan Baharudin dari Singapura selepas Mohamadou Sumareh didaftarka­n sebagai pemain tempatan.

Kini, skuad kendalian Dollah Salleh sedang mengenal pasti baki empat pemain import baharu untuk memperkuat­kan jentera pasukan.

Pada masa sama, juara Piala FA musim lalu itu sudah terlepas peluang untuk mendapatka­n khidmat bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi yang dikatakan memilih pasukan lain.

FC musim ini belum memutuskan sama ada akan menggunaka­n khidmat lima atau empat pemain import dan setakat ini hanya dua pemain iaitu Abbey yang beraksi dengan kelab Ismaily FC di Mesir dan Siyavush (FC Istiklol) dipilih.

Katanya, setakat ini beliau memberikan kebenaran kepada jurulatih untuk mengambil empat pemain import terlebih dulu dan kuota pemain import itu akan diisi dalam masa terdekat sebelum liga bermula.

Katanya, beliau yakin dengan kemampuan Abu Bakar dalam memilih pemain import terbaik serta merencana strategi bagi membolehka­n sasaran ditetapkan iaitu berada dalam kelompok lima terbaik dapat dicapai.

“Kalau tanya saya, sudah pasti kita nak jadi juara namun setakat ini kita meletakkan sasaran berada di kelompok lima terbaik dalam Liga Super dan yakin sasaran itu akan berjaya dicapai,” katanya.

Mengulas mengenai kehilangan penyerang utama, Shahrel Fikri Md Fauzi yang sah akan beraksi dengan Perak, Zainol Fadzi berkata, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah kerana yakin kekosongan itu dapat diisi pemain lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia