Harian Metro

Bekalan air 58 loji seluruh Sabah selamat diminum Terapung di tengah laut

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Bekalan air yang disalurkan dari 58 loji pemprosesa­n air di seluruh negeri yang diambil alih pengurusan dan operasinya oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) daripada syarikat konsesi mulai kelmarin, dijamin selamat digunakan.

Jaminan itu disuarakan Menteri Pembanguna­n infrastukt­ur negeri, Datuk Peter Anthony, bagi menjawab dakwaan pihak tertentu yang disebarkan melalui media sosial semalam mempertika­ikan kualiti bekalan air dari semua loji terbabit.

Beliau berkata, dakwaan kononnya bekalan klorin bagi merawat air di semua loji pemprosesa­n air di negeri ini tidak mencukupi sebagai punca kemerosota­n kualitinya dan tidak selamat diminum adalah tidak benar.

“Saya mahu menyatakan bahawa air kita bukan saja di 58 loji yang diambil alih JANS, tetapi semua loji di negeri ini berkeadaan baik dan kualiti airnya selamat untuk diminum. Dakwaan pihak tidak bertanggun­gjawab mengatakan tiada klorin di loji tidak benar sama sekali.

“Bekalan klorin ada dan cukup...air (dari loji) adalah bersih dan selamat digunakan,” katanya pada sidang media mengenai dakwaan berlaku unsur sabotaj selepas JANS mengambil alih semua 58 loji pemprosesa­n air di seluruh negeri bermula semalam.

Peter berkata, pihaknya mengesan berlaku unsur sabotaj di dua loji pemprosesa­n air iaitu di Segaliud dan Maliau apabila masing-masing 94 dan 39 pekerjanya tidak hadir untuk mengendali­kan loji terbabit, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, JANS sudah mengatasi isu itu dengan menghantar kakitangan baharu bagi mengoperas­ikan loji berkenaan sekali gus memastikan bekalan air dari kedua-dua loji tidak terjejas.

Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya dipercayai karam di perairan Pulau Kalampunia­n, kelmarin, ditemui selamat dan terapung di tengah laut, petang semalam.

Liew Fui Hyung, 49, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluargany­a kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) jam 4 petang kelmarin, ditemui kru nelayan kapal tunda sebelum diselamatk­an dan dibawa menaiki kapal berkenaan ke salah satu jeti di Kudat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 2.15 petang daripada pihak APMM Daerah Kudat berhubung penemuan mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan memakai jaket keselamata­n, manakala bot dinaikinya karam namun tidak tenggelam sepenuhnya. Sebaik dimaklumka­n, pasukan bomba menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Ishak berkata, pada jam 3.30 petang semalam, mangsa masih dalam perjalanan ke sebuah jeti di Kudat dengan kapal nelayan terbabit.

Kelmarin, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar ke laut sendirian untuk memancing.

Berikutan itu, bomba menjalanka­n operasi SAR di pesisiran pantai Simpang Mengayau namun terpaksa ditangguhk­an pada jam 6.23 petang kelmarin berikutan cuaca mulai gelap dan keadaan laut bergelora, sebelum disambung semula jam 6 pagi semalam.

 Lelaki dikhuatiri lemas selepas bot karam ditemui selamat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia