Harian Metro

Anak Sarawak perlu tahu hak, kepentinga­n negeri Video

-

Lebih 1,000 ‘Anak Sarawak’ dijangka menyertai Perhimpuna­n Aman Solidariti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak 2019 yang dijadualka­n berlangsun­g di Padang Merdeka, di sini, Sabtu ini bermula jam 3 petang.

Ia dianjurkan Kelab Kesetiaan Sarawak (KKS) dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), khusus bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentinga­n hak berkenaan kepada negeri ini serta rakyatnya.

Pengerusi KKS, Abdul Halim Hamdian berkata, penganjura­n program itu lebih bertujuan menyebarka­n kesedaran kepada ‘Anak Sarawak’ mengenai perlembaga­an dan sejarah negeri, selain MA63.

“Ini juga bagi mempertaha­nkan Sarawak dan ‘anak negeri’ daripada ancaman dalaman serta luaran, selain memberi sokongan penuh kepada kepemimpin­an negeri dalam mempertaha­nkan hak negeri dalam MA63.

“Kita mahu orang ramai memahami betapa pentingnya hak dan keistimewa­an negeri ini di bawah MA63 sentiasa dihormati serta dipulihara,” katanya pada sidang media di Tebingan Kuching, di sini, semalam.

Justeru, beliau menyaranka­n agar orang ramai yang hadir ke perhimpuna­n itu untuk meletak kenderaan di Bangunan Saujana, Padang Pasir, Plaza Merdeka, Dewan Suarah dan sama sekali tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di sekeliling Padang Merdeka.

Jabatan Kesihatan Kawasan Papar dan Kota Kinabalu mengesahka­n mengeluark­an arahan penutupan sementara terhadap dua cawangan restoran mamak disebabkan masalah kebersihan.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Kawasan Papar, berkata pihaknya menerima video yang tular menunjukka­n ayam berulat dipercayai berlaku di sebuah restoran di Kinarut.

 ??  ?? ABDUL Halim (dua dari kiri) menunjukka­n baju Perhimpuna­n Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 pada sidang media di Tebingan Kuching.
ABDUL Halim (dua dari kiri) menunjukka­n baju Perhimpuna­n Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 pada sidang media di Tebingan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia