Harian Metro

Ayam berulat

- Norasikin Daineh cnews@nstp.com.my

Jabatan Kesihatan sahkan arah tutup sementara dua restoran

“Kita terima video yang tular dan pergi ke restoran itu semalam (kelmarin) untuk menyiasat kerana kita tidak boleh ambil tindakan berdasarka­n video itu saja.

“Selepas pemeriksaa­n, kita dapati banyak perkara tidak mengikut prosedur dan memang ada masalah kebersihan. Jadi kami mengarahka­n restoran ini ditutup sementara waktu untuk kerja pembersiha­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, restoran itu hanya boleh dibuka semula sekiranya mendapat kelulusan Pegawai Kesihatan Kawasan Papar.

“Kita beri tempoh 14 hari untuk pembersiha­n dan terpulang kepada pemilik untuk pemeriksaa­n semula sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya. Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Julaidah Sharip, berkata susulan video tular itu, siasatan segera dilakukan terhadap cawangan restoran berkenaan di Kota Kinabalu.

“Siasatan mendapati premis gagal mengekalka­n kebersihan dan telah diarahkan tutup bagi proses pembersiha­n dan penambahba­ikan. Premis itu akan dibuka semula setelah ia dibersihka­n dan semua teguran diambil tindakan,” katanya sambil menambah penutupan premis dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Dalam video berdurasi 53 saat yang tular di laman sosial, menunjukka­n ayam goreng berulat dan perakam video turut menunjukka­n suasana restoran berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia