Harian Metro

Konflik gajah di Telupid berkuranga­n

-

Sandakan: Konflik gajah di Telupid yang wujud sejak 2013 semakin berkuranga­n susulan pemasangan pagar elektrik serta kerjasama komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat perladanga­n.

Selain di kawasan ladang, pemasangan pagar elektrik membabitka­n dua kampung iaitu Kampung Bauto sejauh 1.7 kilometer (km) dan 2.7 km di Kampung Gambaron yang menjadi laluan gajah.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin, berkata inisiatif menempatka­n pagar elektrik di kawasan berhampira­n komuniti itu adalah antara cadangan langkah panjang disyorkan pakar gajah dari Sri Lanka yang datang ke negeri ini untuk berkongsi pengalaman menangani konflik gajah pada tahun lalu.

Katanya, antara lain syor pakar itu juga yang kini dilaksanak­an Jabatan Perhutanan Sabah adalah mewujudkan kawasan makanan tambahan gajah seluas 200 hektar di Kampung Gambaron yang ditanam dengan rumput spesies Nappier.

“Kaedah ini adalah untuk menukar cara berfikir gajah agar tidak lagi masuk ke kawasan kampung dan mengganggu tanaman penduduk apabila disediakan kawasan makanan gajah.

“Susulan langkah yang diambil, konflik gajah kini berkuranga­n berbanding tahun sebelum ini. Biarpun kehadiran gajah masih dikesan di kawasan berhampira­n, namun kita dapat menghalang ia masuk kerana adanya pengawalan serta pagar elektrik,” katanya kepada Harian Metro.

Hussein berkata, berdasarka­n pemantauan, sekurang-kurangnya terdapat 30 hingga 35 ekor gajah membabitka­n lima hingga tujuh kumpulan dari Hutan Simpan Deramakot, kira-kira 80km dari Telupid yang dikesan kerap berada ke daerah itu.

Sejak 2013, katanya, terdapat lapan gajah dari kawasan itu yang dipasang kolar dalam usaha JHL untuk memantau pergerakan kumpulan gajah.

 ??  ?? ANGGOTA JHL melakukan translokas­i gajah dari Ladang Bimbingan di Telupid ke Gunung Rara.
ANGGOTA JHL melakukan translokas­i gajah dari Ladang Bimbingan di Telupid ke Gunung Rara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia