Harian Metro

MATANG SEBELUM USIA

Disebabkan terbabit dalam peragaan dan iklan TV, Norliza sangat menjaga pemakanan Qistina

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Mempunyai susuk tubuh dan iras wajahnya yang matang, Sharifah Nurfarhana Qistina Syed Muzafar (Qistina) sering disangka gadis berusia pertengaha­n 20-an, walaupun si manis yang tinggi lampai ini baru berusia 15 tahun.

Dek ketinggian 169 sentimeter (sm) dan berat 56 kilogram (kg), anak kedua pasangan Norliza Mohd Yusof dan Syed Muzafar ini sering diusik lelaki nakal kerana disangka bukan lagi remaja bawah umur walaupun ketika itu ditemani ibu tersayang. Tambahan pula bentuk tubuhnya yang ‘matang’ membuatkan dia sering menjadi perhatian.

Menurut Norliza, sejak berusia tiga tahun Qistina sudah menunjukka­n sifat yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak seusia. Dia petah berbicara dan gemar berbual dengan orang yang lebih tua.

“Berbanding kakaknya, Qistina sangat berdikari. Dia sudah boleh berpisah dengan saya dan mengikut bapa saudara ke Indonesia ketika di sekolah rendah. Dia juga sudah tahu apa yang diinginkan termasuk cita-cita bergelar pelakon dan usahawan suatu hari nanti,” katanya yang ditemui di studio Balai Berita NSTP baru-baru ini.

Sebagai ibu, Norliza sering memberi galakan kepada Qistina untuk melakukan perkara yang menjadi kecintaan terutama membabitka­n kecantikan. Lagipun, dia sering melihat program berbentuk kecantikan dan membaca majalah yang sedikit sebanyak mempengaru­hi

minatnya ketika itu.

“Oleh kerana setiap hari melihat saya bersolek, pada usia 10 tahun dia sudah menunjukka­n minat terhadap solekan. Habis bedak, gincu dan pembayang mata menjadi ‘habuannya’ manakala modelnya pula kakak atau saya sendiri diminta ‘menadah’ wajah untuk disolek. Walaupun tidak pernah mengikuti kelas solekan secara formal, Qistina berupaya menyolek dengan baik. Tiada tompok bedak malah warnanya serasi dan rata,” katanya.

Kata Norliza, dia sering tertanyaQi­stina tanya mengapa tumbesaran berbeza berbanding kakaknya sedangkan mereka menikmati makanan yang sama. Menerusi pembacaan dan pertanyaan kepada banyak pihak, ramai memberitah­u kemungkina­n disebabkan dia didatangi haid pada usia 11 tahun menyebabka­n tubuhnya membesar dengan cepat dan wajahnya pula kelihatan lebih matang berbanding usia.

Ada juga bertanya adakah Qistina mengambil makanan tambahan yang banyak dijual di pasaran untuk membesarka­n pinggul dan payudara? Pantas Norliza menafikann­ya.

“Saya tidak membenarka­n anak saya mengambil sebarang makanan tambahan kerana ia tidak sesuai dengan usianya dan mungkin berbahaya untuk jangka panjang. Pertumbuha­n Qistina walaupun kelihatan berbeza namun dari segi kesihatan tiada apa yang perlu dibimbangk­an kerana dia sihat seperti remaja seusia,” jelasnya.

Cuma disebabkan terbabit dalam peragaan dan juga iklan di kaca televisyen, Norliza sangat menjaga pemakanan anaknya. Tambah pula berat badannya mudah naik dan juga senang turun membuatkan Norliza hanya membenarka­n Qistina mengambil segenggam nasi daripada beras perang selebihnya sayur dan buah-buahan.

Mujur gadis kelahiran Kuala Lumpur ini tidak membantah, malah dia selesa mengambil epal hijau bagi menambah tenaga dan minum air mineral sekurang-kurangnya satu liter sehari.

“Sebagai remaja dia memang banyak makan. Selera makan membuak-buak sehinggaka­n saya terpaksa mengawalny­a. Ini kerana dia turut terbabit dalam iklan televisyen dan model sambilan jadi berat badan perlu dijaga,” katanya.

IBU PELINDUNG QISTINA

Ibu mana tidak bimbang melihat anak gadisnya yang sentiasa mendapat perhatian apabila dibawa keluar? Tambahan pula apabila ramai beranggapa­n dia sudah dewasa jadi ada yang ingin menjadikan Qistina sebagai teman khususnya menerusi laman sosial.

Sebab itu Norliza tidak membenarka­n Qistina melayari Facebook dan Instagram kerana kebanyakan mesej ‘nakal’ dan video ucah diterima menerusi laman sosial ini.

“Saya mengakui perlu menjadi peneman Qistina setiap kali dia mahu ke manamemben­arkan mana. Saya tidak dia keluar bersendiri­an melainkan ditemani kakak atau adiknya. Jika ada kawan ingin berjumpa saya sendiri meminta dia datang ke rumah.

“Saya juga menjaga pergaulann­ya kerana bimbang dia terpengaru­h dengan anasir luar yang boleh merosakkan dirinya. Pada usia 15 tahun dia belum matang untuk menerima semuanya. Setakat ini dia mengikut kata dan jarang melakukan perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

Norliza mengakui anaknya itu menjalani pembelajar­an secara tidak formal di rumah. Pendekatan itu terpaksa diambil disebabkan jadual peragaan dan lakonan yang padat. Jadi

guru peribadi datang ke rumah tiga kali seminggu untuk mengajar semua mata pelajaran dan mempersiap­kan Qistina untuk peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama seperti pelajar lain.

Bagi Qistina pula, dulu dia agak tertekan apabila ramai meneka usianya sudah mencecah 23 hingga 25 tahun. Apabila diberitahu usia sebenar, ramai tidak percaya dan terkejut disebabkan fizikalnya yang matang dan dewasa.

Ujarnya, ketika bersekolah dia jarang keluar bersama rakan sekelas. Mungkin juga perbezaan ketara dari segi fizikal dan pemikiran menyebabka­n dia kurang selesa bergaul dengan mereka.

“Namun lama-kelamaan saya sudah biasa dan tidak berkecil hati. Namun kebanyakan rakan seusia tidak betah berkawan dengan saya. Mereka juga menolak keluar bersama mungkin disebabkan penampilan saya yang gemar bersolek dan bersiap cantik biarpun mahu menemani ibu ke kedai di hadapan rumah,” katanya.

“Mungkin juga perbezaan tahap kematangan turut mempengaru­hi cara bercakap dan juga pergaulan. Rakan saya adalah ibu dan adik-beradik. Saya juga tidak kisah ditemani ibu setiap masa kerana rasa lebih selamat,” katanya.

Pada masa akan datang Qistina ingin menimba pengalaman dalam lakonan drama dan filem selain berjaya dalam bidang perniagaan sebagaiman­a idolanya, Neelofa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? QISTINA anak manja tapi berdikari.
QISTINA anak manja tapi berdikari.
 ??  ?? IBU yang sering menjadi
pelindung Qistina.
IBU yang sering menjadi pelindung Qistina.
 ??  ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia