Harian Metro

DIDAKWA SELEWENG RM145 JUTA

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 53, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah RM5.2 juta sebagai upah mendapatka­n projek jalan raya di Perak dan Kedah bagi sebuah syarikat.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan membabitka­n diri dalam aktiviti pengubahan wang haram RM140 juta.

Semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan dua hakim berbeza iaitu Azura Alwi dan Rozina Ayob.

Pendakwaan dilakukan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala Abdul Azeez dan Abdul Latif diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos.

Bagi pertuduhan pertama Abdul Azeez didakwa menerima rasuah RM1.2 juta melalui akaun bank miliknya daripada Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn

 Azeez hadapi tiga pertuduhan rasuah projek jalan raya RM5.2j, sembilan pengubahan wang haram RM140j

Bhd Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah.

Ia didakwa sebagai upah bagi dirinya membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatka­n projek daripada kerajaan secara rundingan terus dan tender terhad yang keseluruha­nnya bernilai RM197,805,750.18.

Ia membabitka­n tiga projek iaitu Projek Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak (fasa pertama hingga ketiga) dan Projek Membina Jalan Kampung Merbau Kudung/FELDA Teloi Timur, Sik, Kedah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Cawangan Menara UAB, No. 6, Jalan Tun Perak pada 8 Disember 2010.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM2 juta daripada Mohammad Redzuan sebagai upah membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatka­n Projek Membina Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja Menaiktara­f Jalan Persekutua­n FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) secara tender terhad daripada Kementeria­n Kerja Raya Malaysia yang bernilai RM644,480,000.00.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, J-03-G, Blok J, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong dekat sini, pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A), Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Azeez (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didakwa mengikut Akta SPRM 2009.
ABDUL Azeez (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didakwa mengikut Akta SPRM 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia