Harian Metro

TAK PUAS PELUK AAMINA

Kali terakhir temui Aamina Inayah di Makkah 3 Januari lalu

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my Gua Musang

“Saya belum puas lagi bermanja dengan arwah,” kata Khazarina Sharing, ibu bayi berusia setahun lima bulan yang maut dilanggar kereta pada Isnin lalu.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya pada 3 Januari lalu apabila suami membawa Aamina Inayah ke Makkah.

Khazarina Sharing, 33, yang bertugas sebagai jururawat di Makkah berkata, ketika itu suaminya, Mohd Hafezul Abdullah, 35, datang membawa arwah bersama ahli keluarga termasuk anak perempuan sulungnya yang berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia bertugas di Makkah sejak enam tahun lalu dan sentiasa merindui kedua-dua anaknya terutama Aamina Inayah.

“Tidak sangka anak perempuan kedua saya ditimpa tragedi dan sedih kerana saya belum puas bermanja dengannya,” katanya ditemui di Bilik Forensik Hospital Gua Musang (HGM), malam kelmarin.

Dalam kejadian Isnin lalu, Aamina Inayah maut dilanggar kereta dipandu ibu pengasuh, Che Jah Yaacob, 54, di rumahnya di Taman KESEDAR Putra, di sini.

Ketika itu, pengasuhny­a, Nor Syamini Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari Aamina Inayah keluar rumah.

Aamina Inayah ditemui terbaring di lantai garaj kereta di depan rumah dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Jenazah Aamina Inayah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman KESEDAR Putra jam 2.45 pagi, semalam selepas selesai bedah siasat di HGM, jam 1 pagi.

Khazarina berkata, selepas menerima berita itu daripada suaminya, dia mahu pulang segera ke tanah air bagi menatap wajah arwah anak untuk kali terakhir.

“Saya bertolak dari Arab Saudi jam 9 malam kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur jam 12 tengah hari sebelum tiba di Gua Musang jam 4 petang.

“Sepanjang perjalanan itu, saya terkenang nasib anak dan tetap reda dengan apa yang berlaku kerana itu ketentuan Ilahi,” katanya.

 ??  ??
 ?? Khazarina Sharing ?? GAMBAR kenangan Khazarina (dua dari kiri) mendukung arwah Aamina Inayah ketika berada di Makkah dua minggu sebelum maut di rumah pengasuhny­a di Taman KESEDAR Putra. LAPORAN Harian Metro, semalam. Tidak sangka anak perempuan kedua saya ditimpa tragedi dan sedih kerana saya belum puas bermanja dengannya”
Khazarina Sharing GAMBAR kenangan Khazarina (dua dari kiri) mendukung arwah Aamina Inayah ketika berada di Makkah dua minggu sebelum maut di rumah pengasuhny­a di Taman KESEDAR Putra. LAPORAN Harian Metro, semalam. Tidak sangka anak perempuan kedua saya ditimpa tragedi dan sedih kerana saya belum puas bermanja dengannya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia