Harian Metro

Dua restoran nasi kandar dikenakan tindakan

-

Alor Setar: Dua restoran nasi kandar di daerah ini dikenakan tindakan berikutan disyaki mengambil keuntungan tinggi dan mengeliruk­an pelanggan khususnya beragama Islam dengan menggantun­g ayat al-Quran di premis mereka.

Malah, semakan dilakukan mendapati premis berkenaan dimiliki individu bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Chin Ching Chung berkata, pemeriksaa­n dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai.

Beliau berkata, restoran berkenaan didakwa mengenakan caj sehingga RM8.50 bagi sepinggan nasi bersama ayam goreng.

Katanya pemilik restoran diberi amaran dan diarah menurunkan ayat al-Quran yang digantung di restoran mereka.

“Kedua-dua restoran itu kami ambil tindakan kelmarin melalui operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Kesihatan negeri bermula Isnin lalu hingga 31 Januari ini.

“Kami mengeluark­an notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 kerana mengambil keuntungan tinggi tidak munasabah dan diminta memberi maklum balas dalam tempoh 10 hari.

“Bagi kesalahan meletakkan ayat al-Quran pula, anggota penguat kuasa JAIK meminta pemiliknya menurunkan semua ayat itu kerana ia boleh mengeliruk­an pelanggan beragama Islam, ” katanya, semalam.

Pada masa sama, Chin berkata, secara keseluruha­n 44 restoran diperiksa sejak Isnin lalu melalui operasi bersepadu dijalankan.

Sementara itu, melalui operasi pemeriksaa­n di kantin sekolah pula, 25 kantin sekolah diperiksa sejak Ahad lalu membabitka­n daerah Kulim dan Langkawi (lima), Sungai Petani (lapan), Baling (tiga), Kubang Pasu dan Alor Setar (dua).

Menurutnya, melalui operasi itu, tiada pengusaha kantin sekolah yang diambil tindakan berikutan mereka mengikut peraturan ditetapkan seperti meletakkan tanda harga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia