Harian Metro

Ajal bertandang rindu Kenderaan dipandu hilang kawalan

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

“Arwah datang senyap-senyap malam tadi (kelmarin) tanpa dimaklumka­n terlebih dulu, apa pun saya reda dengan ketentuan Ilahi,” kata Khairul Anuar Aidrus, 47, yang kehilangan tiga orang ahli keluargany­a selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat sini, semalam.

Menurutnya, ibunya, Gayah Che Hassan, 65, bersama ayahnya, Aidrus Ibrahim, 72, dan adiknya, Siti Rasyidah, 21, datang bermalam di rumahnya di RKT KESEDAR Sungai Asap B di sini, secara mengejut.

Katanya, arwah ibu teringin bertemunya, tetapi tidak sangka pertemuan mereka itu adalah yang terakhir.

“Mak, ayah dan adik bongsu datang tidur di rumah malam tadi (kelmarin) kerana ibu rindukan saya...mereka

Musang: Kereta hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam yang menyebabka­n tiga beranak maut.

Pemandu kereta Perodua Viva, Siti Rasyidah, 21, bersama ibu bapanya, Aidrus Ibrahim, 72, dan Gayah Che Hassan, 65, maut dalam kejadian jam 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian berhampira­n Kampung Sungai Lakit

 Tiga beranak maut kereta bertembung lori

tiba dari kampung kira-kira jam 8 malam semata-mata kerana ibu rindukan saya,” katanya ketika ditemui di berlaku ketika tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat awal, ketika sampai ke lokasi di kawasan selekoh di lokasi kejadian, kereta dipandu Siti Rasyidah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan lori.

“Ketiga-tiga mereka yang beralamat di Kampung Awah, Paloh Rawa di Machang meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan,” katanya.

HGM, di sini.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi, Aidrus dan Gayah maut selepas kereta Perodua Viva

dinaiki bertembung dengan sebuah lori dekat Kampung Sungai Lakit.

Turut terkorban adik Khairul yang juga pemandu kereta, Siti Rasyidah, 21.

Bagaimanap­un, pemandu lori, Che Mohamad Khairul Abdullah, 28, bersama dua kelindan hanya cedera ringan.

Sementara itu, Che Mohamad Khairul berkata, dia melihat kereta Perodua Viva dipandu laju dan memasuki laluannya.

Menurutnya, dia cuba mengelak di samping menekan pedal brek sekuat hati, namun tidak dapat mengelak dan bertembung dengan kereta berkenaan.

“Saya mengucap panjang apabila bunyi dentuman kuat dan lebih memilukan apabila melihat tiga beranak meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? AIDRUS
GAYAH
RASYIDAH ANGGOTA bomba dan penyelamat Gua Musang mengeluark­an tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Lakit, semalam.
AIDRUS GAYAH RASYIDAH ANGGOTA bomba dan penyelamat Gua Musang mengeluark­an tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Lakit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia