Harian Metro

Bukan 6,000 tapi 9,000

- BERNAMA cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengkaji keperluan untuk mendapatka­n 9,000 baju kalis api untuk kegunaan pasukan bomba menerusi tender terbaharu berbanding rancangan asal hanya 6,000 unit.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, penambahan baju kalis api itu dirasakan perlu seiring dengan peredaran masa dan pertambaha­n anggota, selain tiada tender baharu untuk membeli baju kalis api dikeluarka­n sejak 2015.

“Tender baharu dibuka pada bulan ini dan pada Februari kita jangka akan mendapat 6,000 baju kalis api, tetapi kemungkina­n saya akan naikkan lagi permintaan kerana saya percaya kita kena ada stok untuk

kalau kita perlukan lebih banyak pada masa hadapan,” katanya mengulas mengenai pembelian baju kalis api menerusi tender sebelum ini yang dikatakan tidak selamat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program bual bicara hartanah berbahasa Inggeris, Bernama News Channel (BNC) yang dinamakan

yang akan bersiaran secara langsung pada setiap Khamis bermula 21 Februari, jam 8.30 malam.

Dalam pada itu, Zuraida ketika ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil bagi mengelak insiden pembelian baju kalis api ‘tidak selamat’ daripada berulang, beliau secara berseloroh berkata, “Satu daripada syarat tender, saya fikir saya akan

 Pembelian baju kalis api penuhi keperluan selepas tender terakhir pada 2015

suruh pembekal untuk buat demonstras­i…dia kena masuk dalam api dulu.”

Beliau kemudian menegaskan tender baharu itu nanti akan dibuat dengan lebih ketat, dengan mengambil kira tawaran dan kualiti yang terbaik serta harga berpatutan.

“Pada 2015 dikeluarka­n tender untuk membekalka­n baju kalis api, tetapi didapati baju yang dibekalkan tidak mengikut spesifikas­i yang boleh kalis api, jadi tentu kita tidak boleh terima. Kalau anggota bomba pergi bukan boleh tahan api, tetapi dia pula terbakar, itu tidak betul.

“Ketika itu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan baju itu membuat laporan pada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...dan kes ini dalam siasatan. Kita serah kepada mahkamah untuk tentukan apakah isu sebenarnya,” katanya.

 ??  ?? ZURAIDAH (tiga dari kanan) melancarka­n program Bernama Property Hot Seat di Wisma BERNAMA.
ZURAIDAH (tiga dari kanan) melancarka­n program Bernama Property Hot Seat di Wisma BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia