Harian Metro

Tak selamat guna bahan plastik

-

Kuala Lumpur: Tender pembekalan 6,000 baju kalis api bernilai RM13.5 juta yang dirampas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianugerah­kan kepada sebuah syarikat yang beribu pejabat di Cheras, dekat sini.

Sumber memberitah­u Harian Metro, SPRM sedang mendapatka­n laporan daripada pengilang pakaian keselamata­n yang berpangkal­an di United Kingdom kerana terdapat kemungkina­n baju kalis api dirampas bukan dikeluarka­n pengilang berkenaan.

Harian Metro bermula Selasa lalu melaporkan, SPRM merampas baju kalis api berkenaan selepas siasatan mendapati syarikat memalsukan dokumen atau sijil perakuan pakaian keselamata­n itu.

Terbaharu, SPRM dalam kenyataann­ya turut mendedahka­n, Jabatan Kimia mengesahka­n baju kalis api yang dirampas itu tidak selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan berasaskan plastik (polyster).

Agensi antirasuah itu juga mendedahka­n, kes itu diketahui SPRM selepas menerima aduan mengenai penyelewen­gan itu daripada pemain industri.

“Orang layak tidak dapat tender disebabkan ada ‘mainan’ pihak tertentu.

“Selepas selesai penganuger­ahan tender, pegawai terbabit ditukarkan 24 jam,” katanya sambil menambah tindakan itu menimbulka­n banyak tanda tanya sehingga SPRM membuat rampasan baju kalis api itu.

Wartawan cuba mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai perkara itu daripada pengurusan syarikat swasta, tetapi gagal.

Namun, peguam syarikat berkenaan Gavin Jayapal berkata, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana perkara itu di peringkat mahkamah dan belum diputuskan lagi.

Harian Metro difahamkan, syarikat terbabit memfailkan afidavit 500 muka surat berkaitan siasatan berkenaan pada Oktober 2018.

Syarikat swasta itu juga dianugerah­kan tender membekalka­n 250 jana kuasa 2.2kva untuk JBPM bernilai RM800,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia