Harian Metro

Ceria terima surat beranak

- Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

 Tiga beradik teruja nak daftar sekolah

Tiga beradik yang tidak dapat memulakan persekolah­an kerana tidak mempunyai sijil kelahiran ‘melompat kegembiraa­n’ bakal kembali ke sekolah apabila Jabatan Pendaftara­n Negeri (JPN) menyerahka­n sijil itu kepada mereka semalam.

Sebelum ini, Nurul Syafiqah Fauzi, 10, Nurul Natasya, 9, dan Muhammad Fitri Syawal, 7, tidak dapat ke sekolah rendah berikutan tidak mempunyai sijil kelahiran selepas ibu bapanya yang berkahwin di Yala, Thailand, gagal mendaftark­an perkahwina­n mereka.

Lebih malang, ibu mereka, Anisah Abdul Rahman, 45, yang menetap di negeri ini sejak 13 tahun lalu ditahan di Penjara Pengkalan Chepa selama lima bulan atas tuduhan mencuri sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Tanah Merah beberapa hari lalu.

Kini, hidup tiga beradik itu hanya bergantung sepenuhnya kepada bapa mereka, Fauzi Hassan, 51, yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana cacat fizikal sejak lahir.

“Sebelum ini, dua anak saya bersekolah di sekolah rendah swasta kerana tiada sijil kelahiran dan segala urusan persekolah­an diuruskan isteri, tetapi apabila sudah tiada, dua anak saya termasuk anak bongsu masih belum menjejakka­n kaki ke sekolah walaupun masing-masing agak bersemanga­t untuk memulakan persekolah­an.

“Dengan keadaan saya begini (cacat fizikal), bagaimana saya nak menguruska­n persekolah­an mereka,” katanya di rumahnya di Lundang, di sini.

 ??  ?? PENGARAH Jabatan Pendaftara­n Kelantan, Asrehan Ab Razak (kanan) menyerahka­n sijil kelahiran kepada anak-anak Fauzi (kanan) di Kampung Miel, Lundang.
PENGARAH Jabatan Pendaftara­n Kelantan, Asrehan Ab Razak (kanan) menyerahka­n sijil kelahiran kepada anak-anak Fauzi (kanan) di Kampung Miel, Lundang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia