Harian Metro

Perbetul niat ibadat

-

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Khai Bahar berharap peminat yang ingin mengerjaka­n ibadah umrah bersamanya pada Mei depan sempena Ramadan perlu membetulka­n niat mereka.

Khai, 25, atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharuddin berkata, tujuan ke Makkah untuk beribadah selain ingin mendapatka­n ganjaran berpuasa di sana.

“Tidak dinafikan ada segelintir pihak beranggapa­n peminat yang menyertai rombongan umrah ini disebabkan saya. Apatah lagi ini kali kedua saya diberi peluang mengerjaka­n umrah bersama peminat.

“Saya percaya mereka sendiri tahu tujuan ke sana. Kalau saya tak terangkan pun, mereka sedia maklum. Cuma, sekadar ingatan bersama niat kita kena betul iaitu kerana Allah.

“Namun, tak terlintas pun di fikiran saya mengenai perkara ini.

Setiap individu yang dijemput ke sana mempunyai tujuan dan niat sama iaitu ingin beribadah,” katanya.

Khai yang dilantik menjadi ikon agensi umrah, Raza Holidays Sdn Bhd berkata, dia tidak menjadikan status sebagai artis satu kelebihan untuknya mendapat layanan istimewa sepanjang berada di sana.

“Ketika kali pertama mengerjaka­n umrah dua tahun lalu semua orang fokus nak beribadah. Artis atau orang biasa semua sama saja. Tidak perlu wujud sebarang perbezaan.

“Jadi, untuk kali kedua ini saya berharap segalanya berjalan lancar dan dipermudah­kan. Macam saya sendiri, peluang ke Makkah bukannya mudah. Tidak semua mendapat peluang ini,” katanya.

Umrah bersama Khai dan Azadan pada Ramadan ini bermula pada 2 hingga 13 Mei berharga RM7,490 dan turut disertai Daie Irfan.

Minta orang ramai sumbang RM90,000 selesai masalah muflis

 ??  ?? KHAI Bahar
KHAI Bahar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia