Harian Metro

Mahkota Dewi Remaja ditarik balik

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@nstp.com.my

 Haneesya hilang gelaran akui kesilapan minta diberi masa untuk bertenang

“Sebagai manusia, kita tidak lari daripada kesalahan. Semua orang patut ada peluang kedua,” kata juara program realiti Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang gelaran juaranya ditarik balik berikutan penyebaran video dia berhibur dengan rakannya di kelab malam tular di Internet.

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Haneesya, 19, diminta menyerahka­n semula mahkota, selempang dan trofi kemenangan.

“Saya mengakui kesilapan saya dan meminta maaf sedalam-dalamnya. Saya akui kesilapan bodoh saya dan tak menjangkak­an kesannya sebesar ini,” katanya.

Haneesya meminta diberikan masa menenangka­n fikiran.

“Beri saya beberapa hari untuk tenangkan diri dan fikiran,” katanya.

Ini pertama kali berlaku dalam sejarah program pencarian Dewi Remaja sejak mula diperkenal­kan pada 1984.

Haneesya mencipta sejarah apabila hanya bergelar juara dalam tempoh 72 jam sebelum ditarik balik.

Sementara itu, editor majalah Remaja, Faiz Aiman yang mewakili penganjur program realiti itu berkata, mereka tidak berkomprom­i dengan isu itu.

“Apa yang berlaku membabitka­n reputasi majalah Remaja, jenama Dewi Remaja dan penganjur, Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Kami sangat kesal dengan insiden yang berlaku,” katanya.

Walaupun kejuaraan Haneesya ditarik, tidak akan ada pemenang diumumkan sebagai juara menggantik­an Haneesya.

“Tiada sesiapa menggantik­an gelaran Dewi Remaja 2018/2019. Pemenang tempat kedua dan ketiga kekal di kedudukan mereka.

“Finalis lain mewakili Dewi Remaja 2018/2019 untuk apa-apa aktiviti atau acara mengikut keperluan di masa akan datang,” katanya.

Isu itu timbul selepas video berdurasi lapan saat tular di media sosial menunjukka­n Haneesya dan rakan berhibur di kelab malam sambil memegang minuman.

Sejak tular, ramai netizen mengecam Haneesya dan mempertika­i kemenangan­nya yang dianggap tidak layak digelar ikon remaja.

 ??  ??
 ??  ?? KEMENANGAN Haneesya Hanee ditarik balik.
KEMENANGAN Haneesya Hanee ditarik balik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia