Harian Metro

Terpaksa naik harga

-

Alor Setar: Peniaga ikan di Kuala Kedah di sini, terpaksa menaikkan harga ikan berikutan bekalan ikan yang didaratkan nelayan berkuranga­n akibat laut bergelora sejak bulan lalu.

Tinjauan di pelantar ikan Seberang Kota, Kuala Kedah mendapati harga ikan kembung naik daripada RM4 sekilogram kepada RM12 hingga RM15 mengikut saiz.

Bagi ikan pelaling harganya naik daripada RM18 kepada RM20 sekilogram, ikan selayang naik daripada RM10 kepada RM15 hingga RM18, bawal emas RM28 daripada RM25, udang harimau naik RM75 daripada RM65.

Menurut peniaga, Khadijah Md Shah, 44, kenaikan itu tidak dapat dielakkan biarpun ramai pelanggan merungut.

“Kami perlu naikkan harga berikutan bekalan sangat kurang, dulu kami tiada masalah untuk menjual ikan dengan harga murah namun apabila tiba peralihan monsun atau di sini dikenali sebagai angin timur, ikan akan berkuranga­n.

“Ikan akan berpindah ke tengah laut untuk berlindung jika nelayan nak ke tengah laut, mereka terpaksa menanggung kos bahan api dan upah awak-awak yang lebih tinggi, itupun belum tentu akan dapat hasil.

“Malah, saya sebagai peniaga juga hanya mengambil sedikit untung dan pendapatan saya sejak bulan lalu kurang daripada RM1,000 sebulan kepada RM600 saja,” katanya ketika ditemui.

Peniaga, Siti Huzaimah Hassan, 34, berkata, dia hanya menurunkan harga sotong berikutan bekalannya meningkat.

Katanya, harga sotong dijual antara RM8 hingga RM15 sekilogram berbanding RM25 hingga RM28 sebelum ini.

 ??  ?? PENIAGA ikan di Seberang Kota, Kuala Kedah menjual beberapa jenis ikan saja berikutan bekalannya berkuranga­n.
PENIAGA ikan di Seberang Kota, Kuala Kedah menjual beberapa jenis ikan saja berikutan bekalannya berkuranga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia