Harian Metro

Lain tempat cerita berbeza

-

harga berkenaan sudah kembali normal berbanding seminggu lalu.

“Ini harga paling rendah dan berpatutan. Seminggu lalu, ikan kurang kerana nelayan tidak turun akibat faktor cuaca buruk seperti angin kuat dan hujan.

“Jadi kita terpaksa ambil ikan import dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Myanmar bagi menampung tangkapan di perairan negara seperti di Kuala Selangor, Pantai Timur, Pulau Ketam, Sekinchan dan Selat Melaka,” katanya.

Katanya, mereka masih cuba meletakkan harga ikan berpatutan kerana tidak mahu membebanka­n pelanggan tetap yang biasanya beli bahan basah itu pada kuantiti sedikit.

“Kita kekalkan harga. Kalau ambil dari pemborong mahal, kita jual mahal sedikit saja daripada biasa.

“Dapat untung dalam

RM1 sekilogram okey lah.

“Kita tak boleh tekan harga sangat kerana pelanggan kami kebanyakan­nya orang biasa, bukan berniaga (beli pukal),” katanya. Harga ikan di sekitar bandar ini tidak menunjukka­n kenaikan yang ketara sejak beberapa hari yang lalu.

Tinjauan di Pasar Pagi Taman Keladi menunjukka­n harga ikan selar dijual pada harga antara RM9 hingga RM10 sekilogram, kembung (RM7 hingga RM9), selayang (RM8 hingga RM10), pelaling (RM13 hingga

RM14) dan bawal (RM23 hingga RM25).

Peniaga, Mohd Syafiq Mohd Noor, 23, berkata, dia tidak menghadapi kesukaran bagi mendapatka­n bekalan ikan menyebabka­n harga dijual pada harga sederhana.

“Kami ada ambil di beberapa jeti seperti di Kuala Muda, Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Setakat ini di Kuala Muda memang ikan tak banyak tapi di kawasan pendaratan bot nelayan lain tak ada masalah, ikan banyak.

“Sejak minggu lalu, harga ikan yang kami jual memang tak banyak beza,” katanya.

Shamsul Zakaria, 44, berkata, dia menghadapi kesukaran mendapatka­n ikan di jeti Kuala Muda menyebabka­n dia terpaksa mengambil bekalan hasil laut lain seperti sotong.

 ?? Zakaria Mohd Yahya ?? HARGA ikan selayang cecah RM10 sekilogram di Pasar Pagi Taman Keladi Sungai
Petani.
Zakaria Mohd Yahya HARGA ikan selayang cecah RM10 sekilogram di Pasar Pagi Taman Keladi Sungai Petani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia