Harian Metro

Ibu mentua harap menantu dapat tukar

-

Alor Setar: Ibu mentua kepada Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, ditemui semalam, selepas dilaporkan hilang sejak Isnin lalu berharap menantunya itu dapat ditukarkan Alor Setar segera.

Raziyah Dali, 64, berkata, jika mengajar di Alor Setar, menantunya itu tidak lagi perlu lagi berulang-alik hampir sejauh 200 kilometer ke Balik Pulau, Pulau Pinang, setiap hari.

Dia menzahirka­n kesyukuran selepas menantunya ditemui selamat dan berharap pihak Kementeria­n

Pendidikan dapat mempertimb­angkan permohonan Nur Farhana sebelum ini untuk bertukar sekolah di Alor Setar.

“Apabila mendapat tahu dia sudah ditemui, saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana menantu saya selamat dan saya berharap selepas ini dia dapatlah ditukarkan mengajar ke Alor Setar.

“Saya sangat kasihan melihatnya yang terpaksa berulang-alik dari Alor Setar ke Balik Pulau untuk mengajar.

“Dia pernah memohon untuk bertukar sekolah namun permohonan­nya tidak dipertimba­ngkan menyebabka­n dia terpaksa mengajar setiap hari di sekolah itu,” katanya di perkaranga­n rumahnya di Langgar, semalam.

Katanya, menantunya mula berulang-alik dari Alor Setar ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau sejak Oktober dua tahun lalu.

“Dia pernah tinggal menyewa di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang namun hanya bertahan selama setahun kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga.

“Ditambah dengan kemurungan yang pernah melanda dirinya menyebabka­n dia berpindah tinggal ke sini (Jalan Langgar) bersama saya sekeluarga semula dan setiap hari akan berulang alik,” katanya.

Wanita ini berkata, cucunya, Siti Zulaika Mohamad Naim yang berusia tiga tahun juga sangat merindui kepulangan ibunya itu.

“Anaknya, Siti Zulaika…walaupun masih tidak faham dengan apa yang berlaku tetapi masa mula-mula ibunya itu tidak pulang dia ada bertanya juga pada kami.

“Selepas itu, dia seperti biasa dan tidak bertanya lagi serta hanya menunggu kepulangan ibunya itu dengan selamat

“Saya juga berharap agar Nur Farhana diberikan cuti panjang buat seketika untuk dirinya kembali tenang sebelum dapat mengajar semula,” katanya.

Sementara itu Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan melihat laporan daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang berhubung kes seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau yang dikhuatiri hilang.

“Saya kena lihat laporan dulu sebab apa-apa kita kena lihat pada laporan...tak boleh berdasarka­n WhatsApp,” katanya.

 ?? Raziyah Dali ?? Dia pernah memohon untuk bertukar sekolah namun permohonan­nya tidak dipertimba­ngkan menyebabka­n dia terpaksa mengajar setiap hari di sekolah itu”
Raziyah Dali Dia pernah memohon untuk bertukar sekolah namun permohonan­nya tidak dipertimba­ngkan menyebabka­n dia terpaksa mengajar setiap hari di sekolah itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia