Harian Metro

Libas bagai dirasuk

- Cnews@nstp.com.my

 Lelaki bunuh diri selepas parang suami isteri

Suami isteri cedera dilibas dengan parang oleh lelaki yang seolah-olah dirasuk ketika menjalanka­n upacara rawatan tradisiona­l sebelum lelaki terbabit dikatakan membunuh diri dengan menikam badannya sendiri, semalam.

Mangsa yang juga pesara berumur 47 tahun dan isterinya, 41, hanya cedera ringan pada kejadian di Taman Kiara Mas 2, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 10.30 pagi selepas mangsa perempuan menghubung­i talian kecemasan memaklumka­n dia dan suaminya diserang suspek dengan parang.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah institusi kewangan adalah adik angkat mangsa lelaki.

“Mangsa tinggal di Taman Sri Impian, dekat sini dan suspek kerap ke rumah mereka untuk merawat isteri mangsa yang dikatakan terkena penyakit buatan orang,” katanya.

Menurut beliau, ketika kejadian, suspek datang berseorang­an sebelum menjalanka­n upacara rawatan dalam bilik.

Katanya, suspek tiba-tiba seolah-olah dirasuk sebelum mencederak­an mangsa dengan menggunaka­n parang.

“Wanita itu yang cuba membantu suaminya turut dicederaka­n sebelum kedua-duanya melarikan diri dari bilik terbabit,” katanya.

Mohd Abduh berkata, ketika anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang tiba di lokasi, suspek masih berada dalam bilik terbabit dan usaha memanggiln­ya keluar tidak berhasil.

Katanya, pihaknya kemudian memecahkan pintu bilik dan menemui suspek dalam keadaan telentang.

“Pemeriksaa­n mendapati suspek sudah meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri berdasarka­n kesan tikaman di dada serta perut.

“Kami turut menemui sebilah keris panjang di belakang badan suspek. Kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca kematian suspek,” katanya.

Mohd Abduh berkata, semakan mendapati suami isteri serta suspek tiada rekod jenayah lampau.

 ??  ?? MANGSA cedera selepas diserang dengan parang oleh suspek ketika menjalani rawatan tradisiona­l.
MANGSA cedera selepas diserang dengan parang oleh suspek ketika menjalani rawatan tradisiona­l.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia