Harian Metro

Saya sudah insaf!

- Murni Wan Omar cnews@nstp.com.my

 Pemandu teksi mengaku salah dijel dua tahun

Seorang pemandu teksi menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas kesalahan dengan kejamnya memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian pada September tahun lalu.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhka­n hukuman itu terhadap A Mohanraj, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas kes disebut semula, semalam.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 14 September tahun lalu.

Pada 20 September lalu, Mohanraj; juruteknik, SS Satthiya, 26, dan pekerja kontrak, K Ganesh, 41, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n atas pertuduhan melakukan perbuatan itu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n yang tidak sepatutnya terhadap kucing itu di kedai dobi

Taman Gombak Ria pada 11 September tahun, jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi.

Mereka didakwa mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Satthiya bagaimanap­un dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan manakala Ganesh mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Selangor, Roslan Mohd Isa mohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal atas perbuatann­ya.

“Ia membabitka­n kepentinga­n awam. Sikap tertuduh menganiaya dan menzalimi haiwan yang tidak melawan tidak boleh diterima masyarakat,” katanya.

Pendakwaan turut dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa raya Nurul Ain Shafie.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas perbuatan ini. Saya sudah insaf dan berjanji tidak akan melakukann­ya lagi,” katanya A Mohanraj.

 ?? FOTO: EZAIRI SHAMSUDIN ?? PEGAWAI Veterinar membawa bangkai kucing di Mahkamah Sesyen 2, Kompleks Mahkamah Selayang.
FOTO: EZAIRI SHAMSUDIN PEGAWAI Veterinar membawa bangkai kucing di Mahkamah Sesyen 2, Kompleks Mahkamah Selayang.
 ??  ?? MOHANRAJ (tengah) dijatuhi hukuman penjara dua tahun
oleh Mahkamah Sesyen 2 Selayang.
MOHANRAJ (tengah) dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen 2 Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia