Harian Metro

Akur tuntutan

- Redzuan Muharam redzuan.muharam @hmetro.com.my

“Setakat ini, pendapatan bulanan saya tidak mencecah RM5,000 namun akur untuk membayar cukai (pendapatan) sekiranya memperoleh lebih daripada jumlah itu seperti yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” kata personalit­i media sosial Nizam Rahman berhubung selebriti Internet yang kini tertakluk kepada cukai pendapatan jika memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Nizam, 29, berkata, dia tidak menafikan ada dalam kalangan personalit­i media sosial mengenakan caj tinggi kepada individu perseorang­an atau syarikat yang meminta mereka membuat ulasan atau memberi publisiti terhadap sesuatu produk.

Justeru, Nizam berkata, bukan satu masalah untuk individu berkenaan mengisytih­arkan pendapatan seterusnya membayar cukai dalam jumlah yang sepatutnya.

“Buat masa ini, saya memperoleh pendapatan daripada tawaran membuat ulasan produk menerusi gambar dan video parodi tetapi tidaklah sampai terlalu lumayan, memadai untuk menanggung keperluan bulanan

 Selebriti Internet tertakluk cukai jika pendapatan melebihi RM5,000 sebulan

diri sendiri.

“Malah, saya tidak terfikir untuk mengenakan harga tinggi kerana lebih mementingk­an hasil kerja namun ada terima maklumat mengenai ‘Insta Famous’ yang mengenakan caj sehingga RM30,000 kepada klien mereka.

“Jadi, saya percaya tiada masalah untuk mereka membayar cukai kerana jumlah pendapatan diterima itu ada kalanya melebihi individu bekerja dalam bidang profesiona­l.

“Malah, mahu atau tidak, saya juga perlu membayar cukai sekiranya memperoleh pendapatan sebanyak itu,” katanya yang kini mempunyai 192,000 pengikut di Instagram (IG).

Sementara itu, Safwan Nazri atau nama sebenarnya Muhammad Safwan Mohd Nazri, 25, yang mempunyai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia