Harian Metro

Kekangan hafal al-Quran

-

Dalam hadis lain dalam kitab Sahih al-Bukhari, Baginda bersabda yang bermaksud: “Wahai Abdullah, janganlah jadi seperti si polan. Dia pernah berqiamull­ail, kemudian meninggalk­annya.”

Imam al-Tabarani dan lain-lain meriwayatk­an daripada Sahl bin Sa’d r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kemuliaan orang mukmin pada qiamullail.”

Banyak lagi firman Allah dalam al-Quran dan hadis Nabi yang menerangka­n kelebihan ibadat waktu malam.

Abu al-Ahwash al-Jusyami berkata: “Sesungguhn­ya ada seorang lelaki mendatangi khemah atau rumah pada waktu malam, lalu mendengar bunyi yang tidak difahami daripada penghuniny­a seperti bunyi dengungan lebah.

Katanya: “Kenapa mereka ini berasa aman daripada perkara yang ditakuti oleh suatu golongan (yang berqiamull­ail)?”

Dalam suatu riwayat daripada Ibrahim al-Nakha’I, katanya, pernah dikatakan oleh seorang, “Bacalah alQuran pada waktu malam walaupun sekadar tempoh memerah susu kambing.”

Diriwayatk­an daripada

 Waktu malam paling sesuai selepas lapang daripada kesibukan

Yazid al-Raqasyi, katanya, “Jika aku tidur, kemudian terjaga dan kemudian ingin tidur semula, mataku tidak akan dapat tidur.”

Aku berkata, “Solat malam dan membaca al-Quran dipilih (sebagai ibadat pada waktu malam) ketika kedua-duanya lebih sempurna untuk melembutka­n hati, lebih kuat untuk menghindar­kan segala kesibukan, kelalaian dan menguruska­n pelbagai keperluan, lebih memelihara daripada sifat riyak dan sifat-sifat yang merosakkan, di samping galakan syarak padanya agar seseorang membuat kebaikan pada waktu malam. Sesungguhn­ya perjalanan Israk Rasulullah SAW berlaku pada waktu malam.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tuhan kamu turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berlalu sebahagian malam. Kemudian Dia berfirman: “Adakah sesiapa yang berdoa, lalu Aku perkenanka­n? Adakah sesiapa yang memohon ampun, lalu Aku mengampuni­nya?”

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya dalam satu malam terdapat masa seseorang Muslim tidak mendapatin­ya lalu berdoa kepada Allah dengan memohon kebaikan di dunia dan akhirat melainkan Allah memberikan hal itu kepadanya. Perkara itu berlaku setiap malam.”

Ketahuilah kelebihan qiamullail dan membaca al-Quran tetap diperoleh sama ada dengan kadar sedikit atau banyak. Semakin banyak dilakukan, maka itulah yang afdal.

Melainkan apabila melakukan setiap malam, maka makruh untuk melakukan secara berterusan kerana jika berbuat demikian, ia akan memudaratk­an diri.

Antara dalil menerangka­n qiamullail terhasil walaupun pada kadar yang sedikit ialah hadis riwayat Abu Dawud.

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash r.huma, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang bangun pada waktu malam membaca 10 ayat al-Quran, dia tidak ditulis dalam kalangan orang yang lalai.

Sesiapa yang bangun pada waktu malam membaca 100 ayat al-Quran, dia akan ditulis dalam kalangan mereka yang taat. Sesiapa yang bangun pada waktu malam membaca 1,000 ayat, dia ditulis dalam kalangan mereka yang memperoleh banyak kebaikan.”

At-Tsa’labi menceritak­an daripada Ibnu Abbas r.huma, beliau berkata: “Sesiapa yang mendirikan solat malam sebanyak dua rakaat, maka jadilah dia orang yang sujud dan rukuk kepada Allah pada malam tersebut.”

Begitulah kehebatan waktu malam. Suasana tenang itu sepatutnya umat Islam ambil peluang untuk meminta ampun, melakukan solat malam, berzikir, membaca al-Quran, berdoa serta bermunajat kepada Allah SWT.

Penulis ialah pendakwah

sedikit mula solat.

Mula-mula hanya segan kepada rakan, lama-kelamaan perasaan itu hadir kerana keikhlasan diri sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu arahkan kedua-dua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongango­longan daripada mereka sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cuba mereka dengannya. Dan kurniaan Rabb kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah atToha, ayat 131)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ?? AL-QURAN bak sinaran cahaya matahari yang menerangi hidup umat Islam.
AL-QURAN bak sinaran cahaya matahari yang menerangi hidup umat Islam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia