Harian Metro

Jihad bantu ekonomi umat Islam

-

kepada pekerja asing demi mencari wang saku.

Pekerja asing bukannya mempunyai kemampuan kewangan seperti pekerja eksekutif. Maksudnya, bayaran yang pelajar itu terima tidak banyak mana, sekadar lepas untuk keperluan.

Selain itu, di negara ini kita pernah dengar pelbagai cerita mengenai sesetengah majikan bukan Islam tidak membenarka­n pekerja mereka solat.

Ada juga yang tidak membenarka­n pekerja memakai tudung di tempat kerja. Terdapat juga bidang pekerjaan yang memerlukan pekerja Muslim melakukan perkara haram seperti menghidang­kan arak.

Perhatikan pekerja dari negara Muslim miskin yang terpaksa bekerja di luar negara terutamany­a di negara bukan Islam. Berapa ramai daripada mereka tidak solat kerana tidak dibenarkan majikan?

Berapa ramai daripada mereka terpaksa masak dan makan makanan haram kerana tiada pilihan?

Saya pernah berbual dengan rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran sebagai pencuci pinggan. Dia bercerita perkara yang ramai tidak tahu.

Negara itu bukan negara Islam. Kebanyakan hidanganny­a tidak halal. Pencuci pinggan yang kebanyakan­nya rakyat Malaysia terpaksa bergeluman­g dengan daging babi setiap hari.

Ada sesetengah mereka dijangkiti penyakit kulit. Sehubungan itu, buat usahawan Muslim, niatkan di hati untuk berniaga demi membangunk­an ekonomi ummah.

Usah fikirkan keuntungan semata-mata. Satu masa nanti, kita akan kepenatan kerana mengejar harta dunia yang tiada kesudahann­ya.

Sudah berjaya mencapai pendapatan ribuan ringgit, namun masih ada yang tidak puas kerana ingin meraih pendapatan lebih tinggi lagi.

Keuntungan yang diperoleh perlu dikongsi bersama pekerja terutamany­a mereka yang bergaji kecil. Bagi yang bergaji besar, berapa sangat RM200 hingga RM300 pada mereka.

Bagaimanap­un, bagi seorang yang bergaji RM1,000, nilai RM200 atau RM300 itu amat besar. Katakan, kita memperoleh keuntungan RM200,000, apa sangat nilai RM200 itu diberikan kepada pekerja sebagai bonus.

Sudah tentu mereka akan tersenyum lebar. Dengan bonus itu dapatlah mereka membawa ahli keluarga merasa makan sedap di luar.

Justeru, dengan adanya syarikat Muslim, amalan agama dalam kalangan pekerja Muslim lebih terjaga. Sentiasa ingatkan kepada pekerja mengenai kewajipan ibadat mereka.

Daripada seorang yang tidak solat, sedikit demi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia