Harian Metro

Wajah ayah berseri

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

 Nur Amalina lega, hargai usaha semua pihak bantu bapa

“Alhamdulil­lah, ahli keluarga tidak putus-putus melawat dan mungkin ayah dapat merasa kehadiran insan tersayang menyebabka­n keadaan kesihatann­ya semakin baik.

“Buat masa ini, doktor membenarka­n dua ahli keluarga saja melawat dalam satu masa kerana ayah masih dalam pemerhatia­n,” kata anak perempuan Sahrom Ahmad, 59, yang diserang angin ahmar ketika mahu menghadiri majlis graduasi anak perempuann­ya, Nur Amalina di London, United Kingdom (UK), Disember tahun lalu.

Nurul Aisyah, 24, berkata, wajah bapanya juga kelihatan semakin berseri-seri sejak kehadiran ahli keluarga tidak putus-putus melawatnya yang kini berada di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Subang, Selangor.

“Saya bersyukur dan berharap ayah terus diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nur Amalina, 28, turut menzahirka­n terima kasih kepada semua pihak terbabit dari segi sumbangan dan menguruska­n kepulangan bapanya termasuk SJMC, Kedutaan Malaysia serta TNB Healthcare yang membiayai sepenuhnya kos rawatan berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pihak hospital di London kerana memberi kelonggara­n menyelesai­kan pembayaran secara berperingk­at. Terima kasih kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia di dalam dan luar negara, SJMC, Kedutaan Malaysia termasuk TNB yang banyak membantu dari segi sumbangan dan urusan membawa pulang ayah.

“Rawatan ayah di SJMC juga dibiayai sepenuhnya TNB Healthcare,” katanya.

Sementara itu, Pakar Bedah Otak SJMC, Dr R Muruga Kumar berkata, pihaknya akan terus memantau serta fokus kepada rawatan buah pinggang Sahrom yang didapati gagal berfungsi dengan baik ketika ini.

“Kita pantau dan fokuskan kepada rawatan buah pinggang Sahrom yang didapati gagal berfungsi dengan baik ketika ini. Selepas rawatan selesai dan pastikan tiada jangkitan kuman, baru kita tumpukan kepada proses pemulihan strok dari tiga hingga empat bulan,” katanya.

Pada 12 Disember tahun lalu, Sahrom diserang angin ahmar sebaik tiba di UK untuk meraikan majlis graduasi anaknya.

Dia turut mengalami pendarahan otak dan menjalani pembedahan di Hospital Charing Cross, London untuk menyelamat­kan nyawanya.

Selepas tiga minggu dirawat keadaannya semakin stabil dan pihak hospital membenarka­n keluarga membawa Sahrom pulang ke Malaysia.

 ??  ?? NUR Amalina (kanan) berterima kasih kepada semua yang membantu bapanya.
NUR Amalina (kanan) berterima kasih kepada semua yang membantu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia