Harian Metro

60 calon STAM peroleh Mumtaz

-

Johor Bahru: Seramai 60 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di negeri ini memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang).

Ia membabitka­n 7.84 peratus daripada 892 calon keseluruha­n mengambil peperiksaa­n itu tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, ia membabitka­n 19 calon sekolah kerajaan, 40 sekolah agama bantuan kerajaan (SAK) dan seorang calon sekolah swasta.

“Seramai 75 calon memperoleh Jayyid Jiddan (sangat baik), 240 calon Jayyid (baik) dan Maqbul (lulus) pula 70 calon.

“Analisis menunjukka­n, 19 calon memperoleh peringkat pencapaian cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) Johor 3.15,” katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Pencapaian STAM 2018 di Madrasah Alattas Alarabiah di Ulu Tiram di sini, semalam.

Beliau berkata, ada peningkata­n bagi perbanding­an keseluruha­n pencapaian STAM 2018 dengan tahun sebelumnya.

“Calon yang layak mendapat sijil STAM daripada Mumtaz hingga Maqbul juga menunjukka­n peningkata­n 0.76 peratus iaitu 171 calon pada 2018 berbanding 125 calon pada 2017.

“Pencapaian GPN bagi STAM juga menunjukka­n peningkata­n 0.06 mata iaitu 3.15 mata bagi 2018 berbanding 3.21 mata pada tahun sebelumnya,” katanya.

Menurut beliau, tiga mata pelajaran memperliha­tkan calon sekolah KPM melebihi pencapaian nasional iaitu Fiqh, Nahu dan Sarf, Insya’ dan Mutalaah.

“Sepuluh mata pelajaran ditawarkan kepada calon STAM membabitka­n empat bidang iaitu Bahasa Arab, Sastera Arab, Syariah dan Usuluddin,” katanya.

 ??  ?? AMINOLHUDA (kanan) menyampaik­an sijil STAM kepada pelajar cemerlang di Madrasah Alattas Arabiah Johor di Ulu Tiram, Johor Bahru.
AMINOLHUDA (kanan) menyampaik­an sijil STAM kepada pelajar cemerlang di Madrasah Alattas Arabiah Johor di Ulu Tiram, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia