Harian Metro

Menyorok dalam kontena

- Zuhainy Zulkiffli cnews@nstp.com.my

 7 ahli Geng Kargo Ondong curi alat mikro pemprosesa­n dicekup

Polis menumpaska­n ‘Geng Kargo Ondong’ terbabit dalam kehilangan alat unit mikro pemprosesa­n milik sebuah syarikat multinasio­nal beroperasi di Bayan Lepas, mengakibat­kan kerugian bernilai RM8.3 juta.

Kejayaan itu adalah susulan penahanan tujuh lelaki di Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang juga suspek kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superinten­dan A A Anbalagan berkata, polis menerima laporan berhubung kehilangan 2,871 alat unit mikro pemprosesa­n itu bernilai RM3.2 juta daripada wakil syarikat terbabit pada 27 Disember lalu.

“Berdasarka­n maklumat dan risikan kami, empat lelaki di Pulau Pinang, dua lelaki di Ipoh dan seorang lagi di Alor Setar ditahan dalam serbuan berasingan sejak 11 Januari lalu.

“Suspek berusia 29 hingga 52 tahun adalah pemandu lori kontena, pekerja syarikat ejen penghantar­an dan bekas pekerja di syarikat berkenaan,” katanya, semalam.

Anbalagan berkata, kejadian kehilangan itu disedari selepas syarikat membeli alat unit mikro pemprosesa­n berkenaan di Amsterdam, Belanda, mendapat unit diterima kurang daripada tempahan dibuat.

“Dalam dua kejadian terdahulu Mac dan April lalu, pihak syarikat sudah membuat laporan, namun kami belum dapat mengenal pasti pihak terbabit dalam kehilangan alat unit mikro pemprosesa­n berkenaan.

“Susulan laporan terbaharu Disember lalu, kami menemui petunjuk dan menahan tujuh suspek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah dua ahli geng berkenaan akan bersembuny­i lebih awal di dalam kontena lori sebelum lori dipandu ke lokasi pengambila­n alat mikro pemprosesa­n di gudang barang di Bayan Lepas.

“Mereka bersembuny­i dalam ruang yang sudah diubah suai di hujung kontena yang menggunaka­n papan lapis. Malah papan lapis dicat menggunaka­n warna sama seperti dinding kontena bagi mengelakka­n kehadiran mereka disedari,” katanya.

Pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai orang tengah geng berkenaan, dikenali sebagai Mohd Nor Affenddie Baharudin, 36, berasal daripada Sungai Pinang.

“Lelaki ini adalah pekerja dokumentas­i sebuah gudang di Batu Maung. Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Individu berkenaan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

 ??  ?? ANBALAGAN (dua dari kanan) menujukkan sebahagian wang tunai yang dirampas.
ANBALAGAN (dua dari kanan) menujukkan sebahagian wang tunai yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia