Harian Metro

Dua elemen ubah ekonomi

-

Tadbir urus yang baik dan kestabilan adalah faktor penting untuk mengubah ekonomi, sekali gus membangunk­an negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata demikian dalam rakaman klip video yang disiarkan pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Kemunculan Afrika Ketiga (ICEA-III) di sini, semalam.

Dr Mahathir menggarisk­an dua faktor itu berdasarka­n pengalaman beliau mentadbir dan membangunk­an Malaysia dari sebuah negara membangun kepada negara berpendapa­tan pertengaha­n tinggi.

“Apa yang sangat penting dalam usaha untuk mengubah ekonomi ialah tadbir urus yang baik dan kestabilan.

“Apabila ada dua elemen itu, perkara lain akan menyusul,” katanya yang berterima kasih kepada penganjur kerana menjemputn­ya menyertai persidanga­n ini.

ICEA-III bertemakan Kemunculan, Sektor Swasta dan Ketrangkum­an berlangsun­g di Pusat Persidanga­n Antarabang­sa Abdou Diouf (CICAD) di Diamniadio di sini selama tiga hari bermula semalam.

Persidanga­n dirasmikan Presiden Senegal, Macky Sall, disertai lebih 1,000 peserta dan agensi antarabang­sa serta beberapa ketua negara

 Dr Mahathir garis dua faktor berdasarka­n pengalaman mentadbir, bangun Malaysia

dan kerajaan di Afrika.

Pada sesi pertama persidanga­n selepas majlis perasmian, Dr Mahathir menjadi ahli panel dialog pertingkat tertinggi yang turut disertai, Sall dan Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita, diikuti tiga lagi sesi perbincang­an.

Perdana Menteri adalah satu-satunya pemimpin dari luar Afrika yang diberi penghormat­an oleh kerajaan Senegal untuk berkongsi pengalaman dan idea memajukan negara pada persidanga­n ini.

Sementara itu, Sall dalam ucapan perasmian berterima kasih dan menghargai penyertaan Dr Mahathir pada persidanga­n ini.

“Kami sangat menghargai dan sedia mendengar pengalaman dan pandangan Bapa Pembanguna­n Moden Malaysia pada persidanga­n ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia