Harian Metro

Mahkamah keluar waran tangkap

-

Petaling Jaya: Mahkamah Majistret di sini, semalam mengeluark­an waran tangkap terhadap seorang tertuduh, Muhammad Qayyum Mohd Faisal kerana gagal hadir pada prosiding sebutan semula kes merusuh dengan menggunaka­n senjata berbahaya di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarka­n Majistret Nor Ariffin Hisham selepas mahkamah membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh untuk tertuduh berusia 20 tahun itu hadir ke mahkamah.

Dalam prosiding sama, seramai 17 lagi lelaki, termasuk pegawai keselamata­n One City Developmet Sdn Bhd (One City), Irwan Nordin, 38, hadir ke mahkamah dalam sebutan semula kes itu.

Tertuduh yang lain adalah Mohd Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi, Muhd Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu, Nor Azmi Abdul Ghani, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, Mohd Khairi Abd Rashid, Rozaihan Jamaludin, Mohammad Shahril Danniel Sajel, Mohammad Saifullah Abdullah, Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Aziz dan Mohd Norul Ismawi Islahuddin.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan semula 17 tertuduh berkenaan.

Dalam prosiding itu, semua tertuduh diwakili peguam bela Ahmad Faiq Azizan, Mohd Hezri Shaharil dan Azlan Roni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia