Harian Metro

MEA mula proses rangka pasca 2020

-

Putrajaya: Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sudah memulakan proses penyediaan rangka pembanguna­n pasca 2020 dalam menentukan hala tuju pembanguna­n sosio ekonomi negara bagi jangka masa lebih panjang.

MEA dalam satu kenyataan berkata, bagi memastikan kelancaran proses itu, MEA akan menerajui beberapa kajian sosio ekonomi mengenai cabaran-cabaran masa hadapan termasuk kajian mengenai Revolusi Perindustr­ian Ke-4 (Industri 4.0) bagi memastikan negara bersedia menghadapi impak dari ledakan teknologi yang akan menukar gaya hidup masyarakat.

Menurutnya, kementeria­n turut menyemak semula proses dan mekanisme perancanga­n sedia ada bagi menambah baik perancanga­n pembanguna­n negara.

“Pembabitan pelbagai pihak dan aspirasi rakyat akan diambil kira dalam merangka pembanguna­n negara agar pertumbuha­n ekonomi terus bermakna, bersifat inklusif dan holistik serta mampu membawa Malaysia menjadi semula sebuah negara yang dikagumi di mata dunia,” kata kenyataan itu.

Katanya, selepas empat bulan MEA ditubuhkan, kementeria­n itu menyediaka­n dokumen dasar pembanguna­n sosio ekonHomAi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam bentuk dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 18 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, KSP RMKe-11 menetapkan keutamaan dan penekanan baharu dasar kerajaan dengan menggarisk­an enam tonggak dasar yang bertujuan untuk mereformas­i dasar sedia ada dan menetapkan semula sasaran sosioekono­mi.

“Dokumen berkenaan turut mengambil kira aspirasi kerajaan baharu serta cabaran ekonomi dan trend global semasa.

“KSP RMKe-11 memperkena­lkan anjakan dalam pemikiran pembanguna­n bagi mereformas­ikan institusi dengan menggarisk­an agenda islah yang akan menyuntik kekuatan baharu pada institusi awam melalui ciri-ciri ketelusan, akauntabil­iti dan integriti.

“Selain itu, KSP RMKe-11 akan turut menangani isu ketidaksam­arataan yang masih wujud antara kaum, kumpulan pendapatan dan wilayah secara komprehens­if bagi menentukan pertumbuha­n ekonomi yang lebih inklusif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia