Harian Metro

Sekatan tanam ketum

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

 Penanaman perlu dapat izin pihak berkuasa

Penanaman ketum tanpa kebenaran pihak berkuasa akan menjadi satu kesalahan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menanam ketum perlu mendapatka­n kebenaran pihak berkuasa termasuk Kementeria­n Kesihatan dan tumbuhan itu tidak boleh ditanam secara sesuka hati selepas ini.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) bersetuju akta berkaitan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynin­e yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropi­k, Akta Racun 1952.

“Bahan ini dikawal mengikut Seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropi­k,” katanya selepas mempengeru­sikan JKMD di sini, semalam.

Beliau berkata, sebagaiman­a sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan cuma apabila ia dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan.

“Jadi selepas ini sesiapa nak tanam (ketum) kena mohon,” katanya.

Selain itu, Dr Wan Azizah berkata, JKMD turut bersetuju untuk mengeluark­an Seksyen 8 dan 9, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 daripada Akta Pendaftara­n Jenayah dan Orang Yang Tak Diingini 1969.

“Ini supaya penagih dadah yang sudah menjalani pemulihan secara sukarela tidak didaftarka­n di dalam pendaftara­n jenayah (no criminal record),” katanya.

Beliau berkata, cadangan itu berdasarka­n keperluan untuk menghilang­kan stigma kepada penagih dadah yang sudah pulih, membolehka­n bekas penagih di bawah seksyen berkenaan memperoleh peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan baharu dan berfungsi dalam masyarakat.

Selain itu, menurutnya, JKMD mencadangk­an agar insentif yang ditawarkan kepada majikan yang mengambil bekas banduan untuk bekerja turut diperluask­an kepada majikan yang mengambil bekas penagih dadah untuk bekerja.

“Hasil kajian menunjukka­n kadar pemulihan akan lebih baik sekiranya klien (bekas penagih dadah) mempunyai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bagi menyara diri mereka dan keluarga,” katanya.

 ?? Dr Wan Azizah ?? DR Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) Bil.1 Tahun 2019 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Ini supaya penagih dadah yang sudah menjalani pemulihan secara sukarela tidak didaftarka­n di dalam pendaftara­n jenayah”
Dr Wan Azizah DR Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) Bil.1 Tahun 2019 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Ini supaya penagih dadah yang sudah menjalani pemulihan secara sukarela tidak didaftarka­n di dalam pendaftara­n jenayah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia