Harian Metro

Ramli tegas prinsip perjuangan

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Calon Barisan Nasional

(BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menegaskan bahawa hati dan prinsip perjuangan­nya tetap kukuh bersama parti itu.

Penafian itu sekali gus menepis dakwaan bahawa Ramli Mohd Nor akan beralih kepada Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang pada PRK pada 26 Januari ini.

“BN di hatiku, dalam perjuangan kena ada keikhlasan, kejujuran dan integriti.

“Setakat ini, tidak ada pihak mendekati saya (berhubung dakwaan itu),” katanya ringkas ketika ditemui di Masjid Kampung Raja di sini, semalam.

Sebuah portal berita mendakwa PH masih mampu merampas

Cameron Highlands jika Ramli menyertai PH selepas kemenangan­nya.

Berita yang memetik sumber dari sebuah parti komponen BN itu turut meramalkan kemungkina­n lain bahawa Ramli menjadi Ahli Parlimen Bebas. Cameron Highlands: Perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dijangka semakin hangat apabila lebih ramai pemimpin utama parti kerajaan dan pembangkan­g turun padang membantu kempen calon masing-masing.

Jadual kempen bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai yang dilihat sebagai (pemimpin utama pembangkan­g) selama tiga hari padat dengan aktiviti membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Noor.

Pemimpin pembangkan­g lain yang hadir adalah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Berdasarka­n jadual kempen diedarkan Jabatan Penerangan pula, turut dijadual hadir dalam Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) adalah beberapa pemimpin utama parti kerajaan untuk membantu calon PH M Manogaran.

Mereka adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.

Timbalan Pengerusi DAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia