Harian Metro

Ibu reda pemergian Nur Syifa

-

Kota Bharu: “Saya sudah bersedia dengan pemergiann­ya selepas menyedari perubahan ‘pelik’ padanya sejak beberapa hari lalu,” kata Siti Nur Ashima Makhatar, 29, ibu kepada kanak-kanak perempuan menghidap kanser tisu tahap empat, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus yang meninggal dunia, malam kelmarin.

Menurutnya, anak ketiganya yang berusia setahun dua bulan itu menghembus­kan nafas terakhirny­a pada jam 9.05 malam.

Katanya, dia dan ahli keluargany­a reda dengan pemergian anak ketiga daripada empat beradik itu selepas hampir lapan bulan menderita penyakit itu.

“Alhamdulil­lah, sebagai ibu saya berasa amat bersyukur kerana Nur Syifa ‘pergi’ dalam keadaan tenang dan mudah.

“Saya terkejut

melihat mukanya putih berseri dan berbau wangi seperti bayi yang baru dilahirkan. Ia diakui oleh jururawat di sini.

Nur Syifa menghembus­kan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, di sisi ahli keluargany­a.

Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Kubang Golok, Bachok dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panjang, jam 7 pagi semalam.

Menurut Siti Nur Ashima, keadaan kesihatan Nur Syifa semakin merosot selepas badannya semakin lemah dan bernafas dalam keadaan laju sejak Sabtu lalu.

“Dalam keadaan masih berpantang anak keempat, saya bersama suami membawanya ke HUSM untuk rawatan kerana keadaannya yang semakin lemah itu.

“Keadaannya tidak banyak berubah sehinggala­h pada jam 3 petang semalam (kelmarin), keadaan jantungnya semakin lemah,” katanya.

 ??  ?? SITI Nur Ashima
SITI Nur Ashima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia