Harian Metro

Beri laluan kepada UMNO

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Kesediaan PAS memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih membuktika­n kedua-dua parti itu berjaya membentuk persefaham­an politik yang utuh.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dibuktikan apabila kepemimpin­an tertinggi PAS turun membantu kempen calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRK Cameron Highlands.

“Kita berterima kasih kepada PAS yang mengumumka­n untuk memberi laluan kepada rakan pembangkan­g bertanding di DUN Semenyih.

“Ia jelas menggambar­kan keikhlasan PAS dalam menjalinka­n kerjasama dengan UMNO dan BN sejak beberapa PRK lalu,” katanya.

Istiadat Pemasyhura­n Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang dijangka diadakan serentak pada 29 Januari ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan.

Menurut sumber, istiadat pemasyhura­n itu menyaksika­n Tengku Panglima Besar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah, 24, akan dimasyhurk­an sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Sumber memberitah­u, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dijangka dimasyhurk­an sebagai Tengku Ampuan Pahang selepas kali terakhir gelaran itu dimasyhurk­an kepada bonda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

“Tarikh berkenaan adalah dua minggu selepas berlangsun­gnya majlis pemasyhura­n Al-Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang penuh bersejarah pada 15 Januari lalu.

“Tengku Hassanal Ibrahim yang juga putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijangka pulang ke ibu negara dari Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada 28 Januari ini untuk dimasyhurk­an sebagai Tengku Mahkota Pahang,” katanya di sini, semalam.

Selasa lalu, Al-Sultan Abdullah sudah memberi bayangan bahawa pelantikan Tengku Mahkota Pahang yang baru akan dilakukan mengikut amalan tradisi.

Dalam titahnya, perkara itu memerlukan kepada perbincang­an antara keluarga baginda sebelum keputusan dibuat.

Tengku Hassanal Ibrahim diisytihar­kan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun tahun lalu bagi menggantik­an Datuk Tengku Ibrahim Tengku Sulaiman yang meninggal dunia akibat sakit tua.

 ??  ?? SULTAN Abdullah dan Tunku Azizah mengunjung­i restoran D’Wafi, Indera Mahkota untuk bersarapan dan berbual dengan orang ramai yang berada di restoran itu.
SULTAN Abdullah dan Tunku Azizah mengunjung­i restoran D’Wafi, Indera Mahkota untuk bersarapan dan berbual dengan orang ramai yang berada di restoran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia