Harian Metro

JAIPs akan bayar pampasan kepada 25 imam

-

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dilaporkan akan membayar sejumlah pampasan kepada 25 imam yang dipecat awal bulan ini.

Bagaimanap­un, pembayaran itu terpaksa ditangguhk­an berikutan sikap segelintir imam yang masih berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama kepada JAIPs.

Menurut sumber, imam berdegil berpendiri­an bahawa tindakan berdemonst­rasi di masjid adalah sebahagian daripada hak mereka.

“Kalau diikutkan tidak semua imam memberonta­k kerana mereka faham ini adalah isu khilaf dalam fiqah agama.

“Cuma ia menjadi isu apabila ada sebilangan kecil imam yang menggunaka­n platform politik dalam menegakkan hak mereka,” katanya ketika ditemui di Kangar, semalam. Kuala Terengganu: Cipta personalit­i tersendiri untuk capai kejayaan dalam kehidupan antara tip yang dikongsika­n Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, sempena lawatannya ke sekolah itu, semalam.

Menurutnya, pembentuka­n personalit­i positif itu mampu menjadi contoh dan ikutan kepada rakan lain.

“Untuk membentuk personalit­i tersendiri ini, pelajar perlu mempunyai disiplin tinggi dan mempunyai matlamat yang jelas.

“Bagi guru pula, janganlah lokek untuk memberikan pujian kepada pelajar, tidak kira nakal macam mana pun mereka itu, beri dan bina harapan serta pujian sebab sokongan seperti itu boleh memberi motivasi, seterusnya membentuk keperibadi­an mulia kepada pelajar ini satu masa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia