Harian Metro

Terkejut isteri layan dadah

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Suri rumah terpengaru­h kegiatan dua ibu tunggal

Hati suami mana tidak luluh apabila mengetahui isteri tercinta sebenarnya penagih dadah dan menjadi antara individu ditahan dalam satu operasi khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, kelmarin.

Suri rumah berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Repoh, di sini, dalam pemeriksaa­n dilakukan AADK pada jam 5 petang.

Hasil pemeriksaa­n awal AADK mendapati wanita bersama dua lagi rakannya itu positif di bawah pengaruh dadah jenis syabu.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata, suri rumah berkenaan mula terjebak dalam aktiviti penagihan dadah sejak beberapa bulan lalu selepas berkawan dengan dua rakannya yang berstatus ibu tunggal.

“Mereka mengajar suri rumah itu cara mengambil dadah. Suami wanita itu langsung tidak tahu mengenai aktiviti dilakukan isteri dan dua lagi rakannya.

“Lelaki itu hanya tahu isterinya mengambil dadah selepas kami ke rumahnya dan arahkan wanita berkenaan bersama dua ibu tunggal berkenaan menjalani ujian saringan air kencing.

“Ujian air kencing dijalankan mendapati mereka bertiga positif syabu dan ditahan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Azizah berkata, operasi hampir lima jam itu menyasarka­n beberapa kawasan panas di Simpang Empat, Kangar dan Arau.

Katanya, hasil pemeriksaa­n dijalankan, seramai 10 penagih membabitka­n enam lelaki dan empat wanita berusia antara 29 hingga 37 tahun ditahan.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi sama di Kampung Chemumar, Arau, pihaknya menahan seorang wanita berusia 37 tahun berstatus isteri orang bersama kenalan lelakinya di sebuah rumah.

“Mereka menjadikan rumah terbabit sebagai melepaskan gian dan ketika serbuan, mereka dipercayai baru selesai mengambil dadah.

“Suami wanita terbabit yang juga seorang penagih ditahan dalam operasi sebelum ini. Kami sedang menunggu keputusan ujian makmal sebelum mengambil tindakan selanjutny­a terhadap lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, individu terbabit ditahan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998 sebelum dihantar ke pusat pemulihan yang sudah ditetapkan pihaknya.

 ??  ?? WANITA yang ditahan di rumahnya selepas positif di bawah pengaruh dadah.
WANITA yang ditahan di rumahnya selepas positif di bawah pengaruh dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia