Harian Metro

Seludup 10 juta rokok

- Siraj Mohd Zaini cnews@nstp.com.my

 Syarikat logistik, ejen penghantar­an bebas berdepan hukuman denda RM16.2 juta

Sebuah syarikat logistik dan ejen penghantar­an bebas didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan menyeludup masuk 10.1 juta batang rokok bernilai lebih RM800,000, awal bulan lalu.

Tertuduh, Chia Mong Seng, 35, dan syarikat Orbit Link Logistic (M) Sdn Bhd yang diwakili pengarah urusannya, Datuk Alias Nordin bagaimanap­un tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa dengan niat bersama terbabit dalam mengimport barangan yang dilarang pengimport­annya iaitu 200,000 batang rokok John D-Blend, 7.79 juta batang rokok Canyon merah dan 2.19 juta rokok Canyon hijau mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Nilai semua rokok seludup berkenaan ditaksirka­n berjumlah RM814,400.

Kesalahan itu dilakukan di lapangan pemeriksaa­n kontena penguatkua­saan CT1, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada jam 12.45 tengah hari, 4 Januari lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (a), Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa), akta sama serta Seksyen 34, Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang iaitu RM8.14 juta dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang iaitu RM16.2 juta atau penjara tidak kurang enam bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM15,000 bersama seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan sebutan semula kes pada 22 Februari depan.

Difahamkan, lesen syarikat Orbit Link juga digantung serta-merta pada 14 Januari lalu atas arahan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m.

 ??  ?? CHIA didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menyeludup masuk 10.1 juta batang rokok bernilai lebih RM800,000.
CHIA didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menyeludup masuk 10.1 juta batang rokok bernilai lebih RM800,000.
 ??  ?? WAKIL salah seorang pengarah urusan syarikat Orbit Link Logistic (M) Sdn Bhd bergelar Datuk (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret.
WAKIL salah seorang pengarah urusan syarikat Orbit Link Logistic (M) Sdn Bhd bergelar Datuk (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia