Harian Metro

Berdepan denda RM100,000

-

Alor Setar: Penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM4,500 awal bulan ini.

Tertuduh, Lau Cheng Lam, 51, dari Alor Setar mengangguk faham dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan dalam bahasa Hokkien oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan iaitu rokok seludup sebanyak 1,300 peket (22,080 batang) bernilai RM4,416.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di Jalan Almas, Jalan Kubang Rotan, Taman Almas, Alor Setar, jam 2 pagi, Selasa lalu.

Tertuduh ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis pada tarikh berkenaan dan susulan itu pihak berkuasa merampas 60 peket (720 batang) rokok keretek Quest Bold tanpa setem cukai dan 430 paket (5160 batang) rokok keretek Gudang Garam Surya tanpa setem cukai.

Rampasan turut membabitka­n 370 peket (7,400) rokok putih John D Blend dengan setem cukai negara asing dan 440 peket (8,800 batang) rokok putih John Black dengan setem

Lau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(i)(aa) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 40 kali ganda nilai barangan atau boleh dipenjarak­an selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa JKDM Perlis, Azmadi Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Max Yee.

Juraidah kemudian membenarka­n ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin manakala 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ?? LAU (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Alor Setar atas kesalahan didakwa memiliki barang tidak berkastam.
LAU (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Alor Setar atas kesalahan didakwa memiliki barang tidak berkastam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia