Harian Metro

Kejutan 18 tahun

- Mohd Khidir Zakaria cnews@nstp.com.my

 Staf sarjan tak sangka terima anugerah khas

“Ini adalah kejutan terbesar sepenjang 18 tahun perkhidmat­an saya,” kata Staf Sarjan Abdul Taib Johree, 38, penerima Anugerah Khas Panglima Latihan Tentera Darat yang julung kali diadakan sempena Perbarisan Jubli Perak Hari Pemerintah­an Latihan Dan Doktrin Tentera Darat di Kem Segenting di sini, semalam.

Bertugas sebagai Sarjan Audio Visual di Markas Latihan Tentera Darat Port Dickson, Abdul Taib berkata, dia tidak menyangka terpilih menerima anugerah berkenaan kerana tidak diberitahu pegawai atasannya.

“Memang mereka ada meminta profil diri saya tetapi tidak dinyatakan tujuannya secara jelas. Hari ini pun saya masih bertugas mengambil gambar video di perbarisan ini.

“Selama 18 tahun saya dalam perkhidmat­an, inilah kejutan terbesar yang saya terima iaitu menerima anugerah khas yang kali pertama diperkenal­kan ini,” kata bapa kepada lima anak yang berasal dari Sibu, Sarawak.

Abdul Taib berkata, dia amat menghargai anugerah yang diterima dan menjadikan­nya sebagai penyuntik semangat untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Hadir menyempurn­akan majlis, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Wira, Md Tajri Alwi.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan Latihan, Brigedier Jeneral Datuk Hasim Jabar dan mantan Panglima Latihan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin.

Dalam Perbarisan Jubli Perak PLDTD yang berlangsun­g di Padang Kawad Kem Segenting ini, turut disertai 27 pegawai dan 520 anggota lain-lain pengkat yang membabitka­n semua Pusat Latihan Tentera Darat dan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

Markas Latihan Tentera Darat yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu sudah distruktur semula dari Markas 11 Divisyen kepada satu organisasi latihan yang khusus untuk merancang, mengkoordi­nasikan dan mengawal selia semua aspek latihan serta pembanguna­n doktrin tentera darat.

Dalam majlis sama, Md Tajri menyampaik­an Sijil Penghargaa­n Panglima Latihan Tentera Darat kepada 12 penerima yang mencapai kejayaan cemerlang di peringkat antarabang­sa, negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat (TD) dalam pelbagai acara sukan.

 ??  ?? MD Tajri (kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Panglima Latihan Tentera Darat kepada Abdul Taib di Kem Segenting, semalam.
MD Tajri (kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Panglima Latihan Tentera Darat kepada Abdul Taib di Kem Segenting, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia