Harian Metro

Bahana tak nak pindah

-

 DBKL rampas semua barangan lusuh premis jual beli secara haram

pemilik premis berkenaan supaya mengosongk­an tapak, namun dia masih berdegil dan menyebabka­n tindakan sita diambil dengan merampas barang lusuh di dalam premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Azman berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh, premis itu dipercayai sudah beroperasi sejak lebih setahun lalu.

“Semakan rekod mendapati premis berkenaan yang juga lot komersial disewa oleh pemilik untuk menjalanka­n aktiviti jual beli barang lusuh. Difahamkan, aktiviti itu bermula secara kecil-kecilan sebelum semakin berkembang.

“Aktiviti yang semakin berkembang itu menyebabka­n orang awam membuat aduan kerana menyebabka­n lokasi berkenaan kotor dan sesak apabila lori keluar masuk,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut merampas barangan di sebuah premis berhampira­n lokasi berkenaan yang juga menjalanka­n kegiatan jual beli barang lusuh.

“Premis kedua yang diperiksa turut ingkar arahan supaya mengosongk­an lokasi itu menyebabka­n kami mengambil tindakan merampas barang lusuh yang berada di dalamnya.

“Difahamkan, pemilik perusahaan jual beli barang lusuh itu kerap menukar lokasi untuk beroperasi sejak lebih lima tahun lalu bagi mengelak tindakan dikenakan pihak berkuasa,” katanya memaklumka­n Alam Flora turut melakukan kerja pembersiha­n sampah di bahagian lorong belakang dan kawasan sekitar premis berkenaan.

 ??  ?? PENGUAT kuasa DBKL bersama pihak Alam Flora merampas barang lusuh dalam operasi di dua premis jual beli barang lusuh secara haram di Jalan Dewan Sultan Sulaiman.
PENGUAT kuasa DBKL bersama pihak Alam Flora merampas barang lusuh dalam operasi di dua premis jual beli barang lusuh secara haram di Jalan Dewan Sultan Sulaiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia