Harian Metro

Porsche Cayennes musnah terbakar

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Shah Alam: Sebuah kereta Porsche terbakar 80 peratus di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke bandar Putra, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Andalas, Penolong Kanan Penguasa Bomba A Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.05 pagi.

Beliau berkata, ketika lima anggota sampai ke lokasi kejadian, mereka mendapati sebuah kereta jenis Porsche Cayennes terbakar di bahagian enjin dan dalam kereta.

“Api dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 20 minit, malah pemandu lelaki lingkungan 50-an memberitah­u dia melihat asap di bahagian ‘dashboard’ keretanya.

“Pemandu itu kemudian segera memberhent­ikan kenderaan itu di bahu jalan sebelum keluar dan menghubung­i bomba,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Ingkar arahan berpindah selepas beberapa kali diberikan notis menyebabka­n barang lusuh di sebuah premis di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, di sini, dirampas pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, pemilik premis itu menjalanka­n aktiviti jual-beli barangan lusuh secara haram sejak lebih setahun lalu di kawasan berkenaan dan kegiatanny­a pernah ditegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Penguatkua­sa DBKL Azman Mahmood berkata, dalam operasi dijalankan pihaknya bersama Alam Flora jam 3 petang kelmarin, anggota penguat kuasa merampas semua barangan lusuh di premis haram itu.

Katanya, DBKL sudah beberapa kali mengeluark­an notis amaran kepada pemilik premis namun masih berdegil dengan menjalanka­n kegiatan di lokasi berkenaan.

“Mengikut peraturan, tiada premis dibenar menjalanka­n aktiviti jual-beli barang lusuh dalam kawasan pusat bandar berikutan kegiatan itu mengakibat­kan persekitar­an menjadi kotor.

“Berdasarka­n rekod, kami sudah mengeluark­an beberapa notis amaran kepada

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta Porsche yang terbakar dilebuhray­a KESAS.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta Porsche yang terbakar dilebuhray­a KESAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia