Harian Metro

3 minit RM40,000

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

 Penjenayah berpistol rompak bank bersendiri­an

Hanya tiga minit masa diambil seorang penjenayah bersenjata­kan pistol untuk melarikan wang tunai dianggarka­n RM40,000 dalam rompakan sebuah bank di Jalan SS19/6 Subang Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.33 petang itu, suspek lelaki terbabit yang berpakaian serba gelap dengan ‘hoodie’ serta menutup muka menggunaka­n ‘topeng perubatan’ dipercayai bertindak bersendiri­an.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, ketika kejadian ada enam kakitangan bank bertugas dan empat pelanggan berurusan di kaunter.

“Suspek masuk ke dalam bank dan terus menuju kaunter sebelum meminta kakitangan memasukkan wang ke dalam sebuah beg yang dibawa.

“Bagaimanap­un, kakitangan berkenaan enggan mengikut arahan sebelum suspek melepaskan satu das tembakan yang mengenai siling bank,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Muhammad Azlin berkata, ketika kejadian pengawal keselamata­n yang bertugas tiada di dalam bank berkenaan.

Katanya, selepas mendapat beg yang berisi wang itu, suspek terus melarikan diri dan menuju ke lorong belakang premis berkenaan.

“Buat masa ini, polis masih belum mengenal pasti bagaimana suspek melarikan diri dan jenis kenderaan digunakan, penjenayah mengambil masa tiga minit untuk merompak bank berkenaan.

“Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan premis ini dan percaya akan dapat mengenal pasti suspek dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971.

 ??  ?? UNIT Forensik IPK Selangor memeriksa sebuah bank di Jalan SS19/2 Subang Jaya yang dirompak.
UNIT Forensik IPK Selangor memeriksa sebuah bank di Jalan SS19/2 Subang Jaya yang dirompak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia