Harian Metro

Suami isteri kongsi gelap ditahan

-

Kuala Lumpur: Suami isteri antara lima ahli kongsi gelap yang aktif menjalanka­n kegiatan pengedaran dadah di ibu kota ditahan polis bersama syabu dianggarka­n bernilai RM200,000 di kawasan tempat letak kereta di Jalan Thamby Abdullah, Brickfield­s, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penahanan empat lelaki dan wanita berusia 20 hingga 37 tahun itu adalah hasil serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, jam 7.05 malam.

“Ketika serbuan semua suspek didapati berada dalam dua kereta iaitu Perodua Myvi dan Bezza.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menemui satu beg plastik disyaki berisi dadah jenis syabu seberat empat kilogram (kg) di dalam sebuah daripada kereta dinaiki suspek.

“Susulan itu, polis menahan semua suspek untuk siasatan lanjut dan turut menyita harta-benda daripada mereka seperti kereta, barang kemas, telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai.

“Jumlah sitaan dianggarka­n RM55,530,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mazlan berkata, hasil siasatan mendapati semua suspek terbabit adalah ahli satu kumpulan kongsi gelap yang aktif menjalanka­n kegiatan pengedaran dadah di Kuala Lumpur.

Katanya, mereka disyaki aktif mengedarka­n dadah di sekitar Brickfield­s sejak dua bulan lalu.

“Mereka memfokuska­n kepada pengedaran dadah untuk mendapatka­n dana bagi mengekalka­n aktiviti kumpulan mereka.

“Hasil soal siasat mendapati bekalan dadah diperoleh dari Bukit Tinggi, Pahang dan hasil rampasan itu dapat dibekalkan kepada 8,000 penagih di sekitar Brickfield­s.

“Mereka direman selama tujuh hari hingga 21 Januari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. Orang ramai dinasihatk­an mematuhi undang-undang dan menghindar­kan sebarang aktiviti atau perbuatan menyalahi peraturan ketika perarakan sempena Thaipussam bermula esok.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Shanmugamo­orthy Chinniah berkata, tindakan tegas dari segi pencegahan dan penguatkua­saan akan diambil bagi memastikan sambutan perayaan keagamaan itu tidak dicemari perlakuan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan serta ketenteram­an awam.

“Berdasarka­n pengalaman lalu, beberapa tindakan menyalahi undang-undang dikesan berlaku ketika perayaan ini berlangsun­g termasuk membuat bunyi bising keterlalua­n, mengubah suai enjin motosikal dan mengganggu suasana persekitar­an.

“Selain itu, ada individu dikesan mabuk dan mendatangk­an mudarat di tempat awam sehingga menjejaska­n ketenteram­an masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, perarakan itu akan melalui beberapa jalan raya di kawasan pentadbira­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menghala ke Batu Caves, esok dan dijangka berarak balik pada 22 Januari.

 ??  ?? RAMPASAN Syabu 4,048 gram di Ibupejabat Kontijen, Kuala Lumpur.
RAMPASAN Syabu 4,048 gram di Ibupejabat Kontijen, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia