Harian Metro

Tegas jangan naik harga sesuka hati

-

Parit Buntar: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada operator kantin sekolah supaya tidak menaikkan harga jualan makanan dan minuman sesuka hati.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operator kantin tidak terlepas daripada pemantauan oleh kementeria­n.

“Ini membabitka­n kebajikan anak-anak sekolah. Apabila tender dianugerah­kan kepada mereka tidak bermakna jika berlaku kenaikan harga, operator kantin terlepas daripada aspek kawalan dan pemantauan kementeria­n.

“Sebut harga, proses tender adalah mengikut prosedur dan mekanisme yang ditentukan oleh pihak Kementeria­n Pendidikan serta sekolah.

“Bagaimanap­un, kalau berlaku tidak letak tanda harga dan kenaikan harga jualan makanan serta minuman tidak seperti spesifikas­i tender, itu memerlukan pemerhatia­n dan pemantauan oleh KPDNHEP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kilang Kedua Harta Packaging Industries (Perak) Sdn Bhd di Kawasan Perindustr­ian Parit Buntar, di sini, semalam.

Saifuddin, mengulas lanjut mengenai aduan pengguna berhubung kenaikan harga makanan di kantin sekolah, selain tindakan segelintir pengusaha tidak meletakkan tanda harga pada makanan.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata, kementeria­nnya akan berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan, berhubung aduan kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

 ?? Saifuddin ?? Kalau berlaku tidak letak tanda harga dan kenaikan harga makanan serta minuman tidak seperti spesifikas­i tender, itu memerlukan pemantauan KPDNHEP”
Saifuddin Kalau berlaku tidak letak tanda harga dan kenaikan harga makanan serta minuman tidak seperti spesifikas­i tender, itu memerlukan pemantauan KPDNHEP”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia