Harian Metro

Desak PTPTN kembalikan diskaun

-

Kuala Lumpur: Mahasiswa Nasional mendesak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengembali­kan semula faedah diskaun kepada mahasiswa dalam melunaskan pinjaman pendidikan mereka.

Timbalan Presidenny­a, Haziq Shafe’ee berkata, faedah yang kini tidak lagi dinikmati peminjam ialah diskaun 10 peratus bayaran balik yang dibuat menerusi potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual dan diskaun 20 peratus bagi pembayaran penuh.

“Kami kecewa apabila inisiatif yang dipergiat selama ini dihentikan tanpa sebab kukuh.

“Kami percaya inisiatif sedemikian bukan saja dapat meringanka­n bebanan kami selepas bergraduas­i, malah memberi motivasi untuk bekerja keras demi kecemerlan­gan diri dan negara,” katanya selepas menyampaik­an memorandum kepada PTPTN, semalam.

Terdahulu, seramai tiga wakil persatuan mahasiswa berkenaan menyampaik­an memorandum itu kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Haziq turut menjelaska­n satu petisyen dalam talian mengenai perkara ini telah diwujudkan oleh persatuann­ya yang ditandatan­gani 5,000 orang.

Haziq berkata, selain dua faedah diskaun itu, persatuan yang mempunyai 2,000 anggota di seluruh negara itu turut meminta pengecuali­an bayaran balik pinjaman untuk penerima Ijazah Kelas Pertama dikekalkan.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata, pihaknya akan melakukan libat urus dengan persatuan mahasiswa bagi menjelaska­n mengenai faedah diskaun bayaran balik berkenaan, berkemungk­inan pada Februari ini. - BERNAMA

 ??  ?? ABDUL Ghaffar (dua dari kiri) menerima memorandum mahasiswa kepada PTPTN daripada Haziq (dua dari kanan), semalam.
ABDUL Ghaffar (dua dari kiri) menerima memorandum mahasiswa kepada PTPTN daripada Haziq (dua dari kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia