Harian Metro

Banteras kilang haram

-

plastik haram di Selangor sudah dikenakan tindakan penguatkua­saan ini.

“Ada kira-kira 40 kilang lagi yang terletak bukan saja di Selangor malah enam di Johor, 10 masing-masing di Kedah dan Negeri Sembilan, dua di Pulau Pinang, tujuh di Perak serta satu kilang di Kelantan bakal dikenakan tindakan sama.

“Malah, saya memberi amaran akan mengambil tindakan sama terhadap kilang berlesen sekiranya tidak mematuhi akta alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Operasi Penguatkua­saan Bersepadu ke kilang kitar semula plastik terpakai di sekitar Telok Gong, semalam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr Ahmad Kamarulnaj­uib Che Ibrahim.

Operasi terhadap dua kilang haram itu disertai JAS, Suruhanjay­a Tenaga (ST), Majlis Perbandara­n Klang (MPK), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat AIR Selangor.

Yeo berkata, tiga kes di Selangor sudah diputuskan hukuman oleh mahkamah dengan kompaun sebanyak RM229,000.00 dan satu hari penjara kepada pengusaha.

“Sebanyak 36 kes lagi dalam syor mahkamah.

“Bagi menjayakan sasaran menutup 100 kilang haram menjelang suku pertama tahun ini, JAS menubuhkan pasukan khas peringkat ibu pejabat dan negeri yang akan merancang dan melaksanak­an operasi bersepadu di negeri masing-masing.

“Pada hari ini (semalam), JAS Kedah turut menjalanka­n operasi bersepadu membabitka­n serbuan ke atas tiga kilang kitar semula plastik terpakai yang beroperasi secara haram,” katanya.

Katanya, semua sisa plastik yang sudah atau belum diproses dan dikitar semula di kilang haram itu akan dilelong dan dilupuskan.

Beliau mengakui kilang kitar semula haram paling banyak wujud di Selangor dan kerana itu operasi giat dilakukan di negeri ini.

 MESTECC beri tempoh hingga Mac hentikan operasi 100 kilang plastik

 ??  ?? ANTARA sisa plastik yang ditemui ketika operasi penguatkua­saan bersepadu kilang kitar semula plastik terpakai sekitar Pelabuhan Klang.
ANTARA sisa plastik yang ditemui ketika operasi penguatkua­saan bersepadu kilang kitar semula plastik terpakai sekitar Pelabuhan Klang.
 ??  ?? YEO
YEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia