Harian Metro

CIDB sasar 50% projek guna sistem IBS

-

Kualal Lumpur: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) menyasarka­n 50 peratus projek pembinaan swasta yang bernilai lebih RM50 juta akan menggunaka­n sistem binaan berindustr­i (IBS) sepenuhnya, tahun depan.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, ketika ini hanya 35 peratus projek pembinaan swasta di seluruh negara menggunaka­n IBS dan kadar itu akan meningkat selepas lebih banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) mewajibkan penggunaan teknologi itu.

Katanya, buat masa ini hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Putrajaya Holdings yang mewajibkan penggunaan IBS bagi projek swasta.

“Kerajaan menerusi Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan cadangan penggunaan IBS bagi projek swasta bernilai lebih RM50 juta dan mesti mencapai skor minimum 50 (pada awal tahun lalu).

“Ketika ini, arahan ini sudah diluluskan di peringkat nasional dan dibawa ke peringkat negeri. Setakat yang saya tahu, tujuh negeri meluluskan­nya dan kini akan membawanya ke peringkat PBT pula.

“Buat masa ini arahan itu belum dilaksanak­an sepenuhnya oleh PBT dan kami memberi masa sehingga tahun depan untuk berbuat demikian. Kami harapkan menjelang 2020, semua PBT akan melaksanak­an arahan ini sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program Penilaian dan Pensijilan Pengeluar/Produk IBS (IMPACT) di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurna­kan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Program IMPACT adalah satu kaedah penilaian sistematik bagi memberi pengiktira­fan dan pensijilan komponen IBS di sepanjang rantaian nilai termasuk pengeluar, pengeluar dan kontraktor pemasang, reka bentuk dan pengeluar dan reka bentuk, pengeluar dan kontraktor pemasang.

 ??  ?? BARU (tengah) melawat kilang bahan binaan selepas pelancaran program Penilaian dan Pensijilan Pengeluar/Produk IBS (IMPACT), semalam.
BARU (tengah) melawat kilang bahan binaan selepas pelancaran program Penilaian dan Pensijilan Pengeluar/Produk IBS (IMPACT), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia