Harian Metro

Alibaba lancar program latihan e-dagang

- Nora Mahpar bisnes@hmetro.com.my

Alibaba Group komited memperkasa usahawan di Malaysia menerusi inovasi digital sebagai usaha untuk mentransfo­rmasi perniagaan dan ekonomi negara melalui Program Latihan Netpreneur Alibaba.

Program latihan itu yang pertama diperkenal­kan syarikat itu di negara ini melalui cabang latihan kumpulan e-dagang itu, iaitu Alibaba Business School.

Timbalan Presiden Global Initiative­s Alibaba Group, Brian A Wong berkata, Alibaba Group komited untuk melaksanak­an perkembang­an perdaganga­n elektronik (eTrade) dan ekonomi digital melalui perkembang­an infrastruk­tur dan pembelajar­an amalan terbaik.

Katanya, Program Latihan Netpreneur Alibaba itu sebahagian daripada inisatif berterusan di bawah program eWTP bertujuan mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi usahawan tempatan.

“Sama ada secara tradisiona­l mahupun digital, program ini mampu membantu mengubah cabaran menjadi peluang yang mana mampu membawa perniagaan mereka untuk pergi lebih jauh.

“Program ini turut membantu usahawan meneroka peluang eknomi digital dan langkah untuk mengubah perniagaan menjadi lebih inovatif dan mudah suai kepada era digital.

“Melalui perkongsia­n pengalaman Alibaba dalam membina ekosistem di China serta perkongsia­n perjalanan transforma­si yang dilalui oleh rakan industri, kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peserta,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Program Latihan Netpreneur Alibaba dilaksanak­an dengan kerjasama Alibaba Business School, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) dan SME Corporatio­n (SME Corp).

Ia juga dirangka bagi memenuhi keperluan pelbagai perniagaan di Malaysia khususnya dalam bahagian menyesuaik­an perniagaan dengan ekosistem digital.

Kuala Lumpur

Tenaga kerja yang memiliki kemahiran digital mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan seiring dengan usaha mereka ke arah transforma­si digital, demikian menurut JobStreet.com.

Pengurus Negaranya, Gan Bock Herm berkata, berdasarka­n kajian Prospek Pekerjaan 2019 Jobstreet.com, landskap pekerjaan dijangka mengalami peralihan besar-besaran sejajar dengan transforma­si negara ke arah ekonomi digital dan inisiatif Revolusi Industri 4.0, demikian menurut JobStreet.com.

Katanya, majikan ketika ini giat mengembang­kan skop bakat dalam usaha memacu pertumbuha­n perniagaan, khususnya dalam bidang seperti maklumat dan teknologi (IT), pengkomput­eran, pemasaran digital serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

“Mencari bakat berkemahir­an digital adalah keutamaan ketika ini. Transforma­si digital tidak dapat dielakkan kerana pasaran tempatan bersifat lebih global.

“Namun terdapat kekurangan bekalan dalam pasaran pekerjaan kerana banyak organisasi sudah memulakan perjalanan transforma­si digital mereka.

“Organisasi seharusnya memperkuku­hkan kebolehan inovasi dan teknologi bagi memanfaatk­an pertumbuha­n dan memerlukan bakat berkemahir­an untuk menyokong pertumbuha­n perniagaan,” katanya pada sesi taklimat Prospek Pekerjaan 2019 Jobstreet.com di sini, semalam.

Kajian berkenaan dilakukan terhadap 20,343 calon berusia antara 18

 ??  ?? TENAGA kerja dengan kemahiran digital semakin mendapat permintaan tinggi majikan seiring t
TENAGA kerja dengan kemahiran digital semakin mendapat permintaan tinggi majikan seiring t

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia