Harian Metro

SalamWeb lancar ekosistem digital islamik

-

Kuala Lumpur Penyedia perkhidmat­an Islamik berasaskan Internet, SalamWeb Technologi­es MY Sdn Bhd (SalamWeb) melancarka­n ekosistem digital bagi Muslim di seluruh dunia untuk merasai pengalaman persekitar­an dalam talian yang selamat.

Antara perkhidmat­an Internet yang diperkenal­kan termasukla­h SalamWeb Browser, SalamNews, SalamChat dan SalamSadaq­ah.

Pengarah Urusan SalamWeb, Hasni Zarina berkata, pihaknya menyasarka­n untuk memperkasa­kan Muslim di seluruh dunia dan membantu mereka menerajui kehidupan digital yang konsisten dengan nilai dan kepercayaa­n masing-masing.

“Kami percaya dengan kuasa yang ada dalam komuniti dan dengan adanya produk berkonsepk­an Islamik seumpama ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mencari kandungan yang penting pada kehidupan mereka.

“Selain itu, kami juga menjalin kerjasama dengan rakan strategik tempatan dan global bagi memastikan produk kami selaras dengan nilai Islam dan dalam masa yang sama turut mengamalka­n gaya hidup Muslim moden,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmat­an berkenaan di sini, semalam.

Perkhidmat­an SalamWeb Browser merangkumi ciri seperti kompas kiblat, waktu solat dan suapan berita yang diperoleh daripada sumber berita yang disahkan.

Selain itu, ciri penting pada SalamWeb Browser ialah SalamProte­ct iaitu tapisan kandungan dibuat berdasarka­n gaya hidup seseorang individu.

SalamProte­ct pula memberi notifikasi terhadap kandungan tidak sesuai seterusnya memberi pilihan kepada pengguna untuk terus melayari kandungan berkenaan atau tidak.

 ??  ?? PENGGUNA melihat SalamWeb Browser yang dipamerkan.
PENGGUNA melihat SalamWeb Browser yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia