Harian Metro

Sasar kenaikan 18 peratus pelancong dari India

-

New Delhi: Malaysia menyasarka­n untuk menambah kira-kira 18 peratus jumlah ketibaan pelancong dari India tahun ini menerusi kemudahan visa yang ditambah baik selain pemasaran, kata Timbalan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Malaysia mencatat peningkata­n 7.5 peratus ketibaan pelancong dari India selepas penurunan selama dua tahun sebelum itu.

Sasaran tahun ini adalah untuk menarik 700,000 pelawat dari India berbanding hampir 595,000 pada 2018.

“Penyambung­an udara yang lebih baik akan membantu. Kami juga sedang mengkaji kaedah menambah baik ke- mudahan visa untuk pelawat dari India,” katanya.

Kini terdapat 211 penerangan mingguan antara India dan Malaysia yang menyediaka­n 35,000 tempat duduk.

Baru-baru ini, Muhammad Bakhtiar menemui eksekutif kanan penerbanga­n pada pameran perdaganga­n ‘South Asia Travel and Tourism Exchange’ (SATTE) di Noida, di pinggir Delhi bagi meneroka promosi pelanconga­n dan lebih banyak hubungan udara.

Ruang pameran Malaysia sempena pameran pelanconga­n yang berlangsun­g dari 16 hingga 18 Januari itu disertai lebih 30 pempamer termasuk Genting Malaysia Bhd, Desaru Coast Malaysia, Sunway Hotel and Theme Park, Legoland Malaysia Resort, selain pegawai Tourism Malaysia dan lembaga pelanconga­n negeri.

Muhammad Bakhtiar berkata, Malaysia berminat mempromosi pelbagai tarikan kepada pelawat India.

“Genting dan Langkawi popular dalam kalangan pelancong India. Kami juga mempromosi Sabah, Sarawak, Pahang dan pantai timur bagi mereka yang sukakan alam semula jadi.

“Ada ramai pelancong dari China yang datang hanya untuk menikmati udara bersih dan kecantikan alam semula jadi. Segmen ini juga boleh menarik rakyat India,” katanya.

India ialah sumber keenam terbesar Malaysia dari segi pelancong asing. – BERNAMA

Kuala Lumpur

 ??  ?? MUHAMMAD Bakhtiar
MUHAMMAD Bakhtiar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia